Satu kegembiraan bagi mak ayah bila berpeluang ambil anak dari sekolah.

Bagi yang bekerja, masa yang ada, tentunya di manfaatkan sepenuhnya sepanjang perjalanan balik ke rumah.

Tentunya macam-macam cerita yang anak kongsi jika mak ayah rajin bertanya.

Sepertimana yang dikatakan Ustazah Sharifah Zahidah menerusi facebooknya..

"Bagi saya, moment ibu bapa ambil anak dari sekolah, adalah moment yang sangat penting untuk terus dijadikan sebagai rutin kita berbual-bual dengan anak."

Ayuh, kita baca.  

 

 

**********

 

Minggu lepas, penuh di newsfeed ibu bapa share moment indah, gembira, sedih, terharu, cuak - bila anak-anak yang sebelum ni selalu merengek manja sekarang ini sudah memasuki darjah 1.

Masing-masing tak ketinggalan, pos gambar anak mereka pertama kali pakai baju sekolah.

Comel kan? Saya tengok pun, ralit.

Layan 1 demi 1 gambar anak-anak kepada kawan-kawan saya.

Dan tak kurang jugak, ramai ibu bapa yang share dialog dengan anak-anak bila balik sekolah.

Antara dialog famous,

“Makan apa di sekolah tadi?”

“Bekal bawak tadi, habis makan tak?”

“Rehat dengan siapa tadi?”

“Siapa nama kawan baru?”

Bagus. Soalan simple sebegini dapat bantu kita buka lebih banyak dialog dan mendorong anak kita bercerita dengan kita.

Bagi saya, moment ibu bapa ambil anak dari sekolah, adalah moment yang sangat penting untuk terus dijadikan sebagai rutin kita berbual-bual dengan anak.

Anak penat?

Ya, penat!

Tapi mereka juga sangat excited nak share pengalaman dan cerita baru mereka dengan kita.

Apa yang perlu kita buat, adalah manipulate moment ini untuk RANGSANG anak-anak berfikir dengan matang, dan MENANAM RASA EMPATHY dalam diri mereka, supaya mereka membesar jadi manusia yang ada hati dan perasaan.

Bunyi simple kan?

Tapi ketahuilah ibu bapa,

Berapa ramai manusia yang dibesarkan hari ini menjadi manusia berhati kering, tiada nilai empathy, sifar nilai kemanusiaan.

Buka mata tengok realiti.

Tengoklah kanan kiri.

Jadi, usah ambil ringan tentang peranan dan kepentingan kita sebagai ibu bapa untuk didik anak SUPAYA MEREKA JADI EMPATHY.

Bukan sikit kes perceraian, kerana isu sifar empathy dalam diri.

Berapa banyak kes buli, kerana isu sifar empathy dalam diri.

Berapa banyak jenayah rompak dan bunuh, juga kerana isu sifar empathy dalam diri.

Macam mana nak instill empathy dalam diri anak?

InshALLAH, saya akan kongsikan,

Tip ibu bapa boleh manipulate ‘moment dalam kereta’ lepas ambil anak dari sekolah, untuk jadikan anak-anak insan yang MAMPU LAHIRKAN SIFAT EMPATHY DALAM DIRI, secara semula jadi.

Ya.

Bukan empathy yang dibuat-buat.

Tapi empathy yang memang kita BENTUK DAN KELUARKAN DARI DALAM DIRINYA SENDIRI.

Sehingga bila sampai dalam babak-babak hidup yang menuntut empathy untuk di terjemah pada karakter diri, dia akan mampu berperanan sebagai manusia paling banyak kasih sayang dan rahmahnya, empathynya untuk orang lain. Bukan empathy yang acah-acah dibuat, tapi hakikatnya hati langsung tidak peduli.

 

Sumber: Facebook Sharifah Zahidah

Makluman: Artikel ini diterbitkan atas keizinan daripada penulis asal