"Kekadang penumpang bas yang tak membawa buku mencari-cari apa yang boleh dibaca di sekelilingnya. Yang ada terjumpa risalah diskaun supermarket atau surat khabar lama yang ditinggalkan pun dijadikan bahan untuk membaca”

Menarik sekali hantaran Khairolizam Muhaidi menerusi posting di laman facebooknya, baru-baru ini.

Kisah tentang budaya membaca masyarakat Jerman memang wajar dicontohi oleh rakyat di Malaysia khususnya guru dan pelajar sekolah.

Bayangkan, dalam pengangkutan awam seperti bas dan keretapi, mereka masih tetap membaca. Hebat bukan.

Ikuti pengalaman Khairolizam Muhaidi tentang budaya membaca masyarakat di sana.

**********

Cerita budaya membaca lagi di Jerman. Dahulu, sementara sebelum sampai ke destinasi tempat kerja, ramai yang membelek dan membaca surat khabar dalam keretapi.

Petang pula dalam bas, tram dan keretapi kelihatan ramai yang membaca buku atau novel. Itu menunjukkan betapa masyarakat Jerman menghargai budaya ilmu membaca.

Ini keadaan biasa semasa di Jerman 10 tahun yang lepas sebelum teknologi gadget melanda dunia. Hari ini peratusannya sudah berkurangan tetapi masih ada lagi yang rajin membaca. Budaya membaca memang kuat sampai aku pun malu kalau tak ikut serta membaca.

Kekadang penumpang bas yang tak membawa buku mencari-cari apa yang boleh dibaca di sekelilingnya. Yang ada terjumpa risalah diskaun supermarket atau surat khabar lama yang ditinggalkan pun dijadikan bahan untuk membaca.

Ada bas-bas di Jerman menyediakan rak buku awam di atas bas khas buat penumpang-penumpang mereka membaca sebelum tiba ke destinasi masing-masing.

Sebelum duduk, mereka mencapai buku atas rak untuk dibaca. Takjub aku melihat tabiat mereka membaca.

Yang lagi menariknya, dari jauh kelihatan seseorang membaca Al-Quran. Ya, menjadi kebiasaan juga masyarakat Islam di Jerman memegang dan membaca Al-Quran dalam keretapi.

Perjalanan yang panjang, masa yang ada digunakan sebaiknya. Lama-lama terdorong hati untuk cuba ikut cara mereka. Damai dan menenangkan jiwa.

Banyak nilai Islam yang aku belajar dari masyarakat Islam Jerman seterusnya membuka mata dan mengubah pemikiranku. Antaranya memberi salam. Nampak simple tapi impaknya besar.

Agaknya tertengok janggut sejemput aku, setiap kali berselisih dengan Muslim, kedengaran "Assalamualaikum, Bruder" yang bermaksud "Assalamualaikum, Brother". Tersenyum sambil menjawab salamnya dan terasa berbunga hati.

Sumber:  Facebook Khairolizam Muhaidi

Artikel menarik

Cikgu boleh cuba cara masyarakat Jerman ini buat. Wujudkan rak buku awam, terbuka untuk bacaan ramai

Cikgu Sydney sebagai wakil tunggal Malaysia ke persidangan antarabangsa GSC. Rezeki guru KV Keningau