MAHU menghasilkan buku skrap Matematik yang kreatif dan cantik?

Mungkin cara ibu, Norzam Azmaney Mohamed Zahari yang baru sahaja menyiapkan buku skrap Matematik anaknya, Neyaz Muhammad Nabihan seorang murid tahun 2, Sekolah Agama Taman Scientex, Pasir Gudang, boleh dijadikan panduan dan rujukan buat semua.

Jom..

**********

Akhirnya siap juga tugasan Abang Neyaz, membuat buku skrap Matematik Sifir 2-9. Ikutkan ayah suruh buat biase jek.. Tapi tetap nak abang buat cara susah..

Ibu nak abang dapat kembangkan IQnye.. Ibu memperkenalkan Abang Neyaz pelbagai cara..Walaupun abang kurang berminat.. Takpe ibu harap, sikit demi sikit abang berminat.

Oleh kerana ibu yang saja menyusahkan diri abang, ibu bagi juga kesenangan..

Proses Pembikinan

- Tugas ibu mencari idea untuk buku skrap, menggunting dan menggamkan (AJK dekorasi)

- Tugas Abang Neyaz menyalin semua huruf dan nombor. (ada bahagian yang nampak kemas sebab ibu tolong gariskan supaya tulisan abang nampak lebih kemas). (ada juga kecacatan @ kecuaian, ibu tampal bahagian yang nak buat pembetulan..)

- Biodata (gambar takde, abang ajak ayah gi kedai gambar) dan kad sifir request daripada Abang Neyaz

Pengajaran

- Abang dapat membaiki tulisan. (tulis asal boleh jek)

- Dapat belajar banyak cara menulis sifir.

Siap awal boleh laa rehat dan melakukan aktiviti lain.

Sumber: Facebook Neyno Neyaz Teddy

ARTIKEL MENARIK:

Selipar lusuh dikutip lalu direka menjadi mainan sendiri..idea pelajar ini tarik perhatian netizen

Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun 6, Cikgu Norashikin dedah siapa pemilik tulisan ini

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat

'Sporting' betul cikgu SK Nong Chik ni.. seronoklah murid tengok cikgu mereka dah bertukar karakter

Perjanjian keturunan Aki dengan tajau temui noktah..bahagian akhir tajau buat Ustaz Malik sebak