Cara ni saya guna untuk susun semua buku sekolah anak iaitu buku-buku Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan.

Total semua hampir 20 subjek.

Kat bawah ni saya tunjuk tutorial untuk beberapa subjek sahaja.

1 file untuk 1 subjek

Saya beli file yang boleh muat buku teks sekali dengan buku latihan. So senang nk sekalikan dan saiznya muat untuk masuk beg sekolah.

Dekat fail tu saya letak label:

- Nama anak

- Nama kelas

- Subjek

- Hari

Saya print out sendiri setiap label

Ajak anak buat aktiviti ni skali, lebih mudah untuk dia faham sistemnya

Jangan lupa terangkan caranya pada anak kita tauu dengan mudah dan anak pun tertarik

Bila buat sistem mcm ni :

❤️ Buku terjaga elok, tak rosak tak koyak atau kelepet kat hujung-hujung dia

❤️ Anak boleh terus ambil fail yang nak dibawa, buku automatik dah tersedia dalam tu. Masuk dalam beg sekolah. Kemas jek

❤️ Kurang risiko buku tertinggal. Sangat betulll ni

❤️ Kalau cikgu bagi kertas latihan, senang simpan. Kat sekolah anak masukkan terus ke dalam file ikut subjek

Mudah juga untuk susun file-file ni kat rak dan meja, tak berselerak

Ajar anak-anak disiplin dari awal. Insya-Allah mudahkan urusan kita juga

 

LOVE it very much!

- Mama Iris -

 

 

Sumber: Facebook Fariha Norbaya