Pembelajaran online mula digunakan seiring dengan perkembangan internet.

Istilah pembelajaran online sering dikaitkan dengan istilah-istilah seperti e-pembelajaran (e-learning), pembelajaran jarak jauh (PJJ) dan sebagainya.

Pembelajaran online adalah sama seperti pembelajaran biasa yang melibatkan komunikasi antara tenaga pengajar dengan pelajar tetapi yang membezakannya ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka namun bertemu melalui ruang maya.

Selain itu, penilaian dan pemantauan oleh tenaga pengajar juga dilakukan seperti pembelajaran biasa.

Susulan daripada penularan wabak Covid-19 pada masa kini, pembelajaran online kini diperluaskan dan kebanyakkannya sehingga penghujung tahun 2020 ini.  

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dalam mengaplikasikan pembelajaran online ini.

Cabaran pembelajaran online - Pelajar

1) Capaian kepada kemudahan internet

Program perisian dan sambungan ke internet adalah aspek yang paling penting dalam kelas dalam talian ini.

Pelajar perlu membeli perisian terkini untuk mengakses program dalam talian mereka, atau membayar tambahan untuk menaik taraf ke internet berkelajuan tinggi.

Ini mungkin menyukarkan pelajar yang kurang berkemampuan untuk belajar secara berkesan kerana kekurangan kemudahan akses internet berbanding dengan mereka yang mampu membeli segala perisian serta internet berkelajuan tinggi.

 

2) Tiada kemudahan komputer/telefon bimbit

Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, yang tiada kemudahan gajet ini pasti menyukarkan mereka untuk mengikuti segala pembelajaran dalam talian yang diusahakan oleh para pengajar dan seterusnya akan menyebabkannya ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.

 

3) Suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk belajar

Bagi pelajar yang kurang berkemampuan pasti menghadapi masalah ini apabila melaksanakan tugasan dari rumah.  Masalah ini meliputi suasana persekitaran yang bising, tempat yang sempit serta tiada meja dan kerusi yang sesuai.

 

4) Keberkesanan pembelajaran          

Pembelajaran online juga tidak mendisiplin pelajar dan bersikap sambil lewa kerana pembelajaran adalah mengikut kesesuaian masa mereka.

Seterusnya, cikgu tidak akan tahu akan kemampuan para pelajarnya kerana tidak bersemuka dan berbincang secara perseorangan.

Komunikasi juga tidak berkesan semasa pembentangan online kerana mungkin kelajuan internet tidak begitu memuaskan.

Cadangan: Guru-guru atau pengajar perlu tegas dalam menetapkan masa pembelajaran online, khasnya untuk subjek-subjek tertentu yang memerlukan interaksi pengajar/pelajar atau pelajar/pelajar.

Pembentangan juga boleh dirakam melalui video terdahulu dan dihantar kepada guru kerana ia lebih berkesan.

 

5) Penyalahgunaan Internet

Oleh kerana pembelajaran maya adalah berasaskan penggunaan internet, maka pelajar akan terdedah dengan berbagai-bagai maklumat yang benar dan tidak benar, yang baik dan tidak baik yang disampaikan melalui internet.  

Tidak dinafikan terdapat begitu banyak maklumat yang baik dan positif yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dalam meningkatkan ilmu dan pengetahuan mereka.  

Namun demikian terdapat banyak perkara yang boleh melalaikan dan menyeronokkan terutamanya kepada golongan muda.  

Diantaranya ialah permainan games yang berbagai bentuk dan boleh dimuat turun secara percuma, juga online chatting yang membincangkan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti gosip, hiburan dan sebagainya.  

Sekiranya pelajar terlalu asyik dengan internet atau ketagihan internet, ia akan memberi kesan yang tidak baik terhadap hubungan sosial di dalam masyarakat.

Cadangan:

1) Senaraikan perkara yang anda suka buat tetapi tidak dapat buat kerana masa tidak cukup kerana ketagihan internet.

2) Sediakan jadual pembelajaran serta masa berhibur (tak kira media sosial ataupun games) dan disiplinkan diri untuk mengikutinya.

3) Guna external stopper seperti jam loceng atau [email protected] tertentu yang akan menutup akses internet anda pada masa yang telah ditentukan.

4) Jauhi dari sebarang laman web, media sosial, [email protected] ataupun games tertentu yang anda tahu sudah menjadi tabiat anda.

5) Guna kad peringatan atau sticky note dan letak di tempat berdekatan/depan komputer/talian bimbit anda.

Mesej seperti: Saya tidak dapat main bola (sukan yang anda suka) sekiranya saya main PUBG online game melebihi xx jam.

6) Bersenam dapat menjadikan anda sihat, menaikkan mood anda, meningkatkan keyakinan diri, tidur lebih baik dan sebagainya. Dengan banyak kelebihan ini, pasti anda tidak ingin terlepas dari bersenam kan? Ia dapat mengurangkan ketagihan internet anda.

 

Cabaran pengajaran online – Guru/pengajar

1) Kepakaran tenaga pengajar menggunakan peralatan teknologi dan inovasi

Dalam dunia yang serba moden ini, perkembangan teknologi sememangnya berkembang dengan pesatnya.

Justeru itu, pengajar perlu mengusai kaedah terbaik bagi penggunaan teknologi agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat sampai dengan berkesan kepada para pelajar.

 

2) Capaian kepada kemudahan internet

Program perisian dan sambungan ke internet adalah aspek yang paling penting dalam kelas dalam talian ini.

Mungkin, terdapat gangguan talian internet semasa pengajaran sedang dilakukan seterusnya menggangu proses penyampaian maklumat kepada para pelajar.

 

3) Suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk mengajar

Seperti sedia maklum, guru pasti menghadapi masalah ini apabila melaksanakan tugasan dari rumah.  Masalah ini meliputi suasana persekitaran yang bising, tempat yang sempit serta tiada meja dan kerusi yang sesuai.

 

4) Pengajar atau cikgu terpaksa mengurus anak-anak di rumah

Bagi cikgu yang telah berkeluarga pula, terutama yang mempunyai anak kecil, pasti sedikit kesukaran apabila terpaksa mengurus anak-anak sambil mengajar.  Mereka perlu membuat jadual pengurusan yang betul agar sesi pengajaran berjalan lancar tanpa gangguan.

 

5) Keberkesanan penyampaian dan pengajaran

Pembelajaran dan pengajaran secara online juga tidak mendisiplin pelajar dan bersikap sambil lewa kerana pembelajaran adalah mengikut kesesuaian masa mereka. Seterusnya, pendidik tidak akan tahu akan kemampuan para pelajarnya kerana tidak bersemuka dan berbincang secara perseorangan.

 

Kesimpulannya

Anda kena seimbangkan dan menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran norma baru ini. Mungkin pembelajaran campuran (blended learning) patut diberi perhatian kerana ia membawa kelebihan pembelajaran online serta bersemuka.

Sumber: Portal Jabatan Pembangunan Kemahiran

Artikel menarik

‘Doakan SPM 2020 cemerlang. Kami perlukan sokongan dan kata-kata semangat daripada semua’

Guru dan pelajar, ini 7 sebab perlunya mempelajari bahasa Arab. Anda perlu ambil tahu!