Pernah terfikir untuk mendiami sebuah rumah yang berkonsepkan Inggeris di Malaysia? Semua itu tidak mustahil, sekiranya anda kreatif dan bijak mencari idea untuk membangkitkan seri pada kediaman.

Tak percaya? GPS Bestari kongsikan kediaman indah tepi sawah milik seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) (P) Alawiyah, Kangar, Perlis ini.

Cikgu Khairilazmir Ahmad yang mengajar Subjek Pendidikan Seni Visual, tidak menyangka rumah impiannya yang berkonsepkan Inggeris akhirnya terbina.

Reka bentuk, konsep serta pemilihan warna latar melon rose, pink dan peach, membuatkan teratak milik pasangan Khairilazmir Ahmad dan Norhafiza Mohd Aziz yang terletak di Kg Sempering, Kangar Perlis ini tidak ubah seperti sebuah rumah ladang ala Inggeris.

Mana tidaknya, reka bentuk rumah setingkat berserta loteng, ditambah pula kedudukannya yang berada di tengah bendang yang menghijau, membuatkan sesiapa sahaja akan jatuh hati dan tertarik dengannya.

Belum lagi bila tiba musim padi menguning, pasti perasaan bagaikan berada di sebuah ladang gandum di luar negara.

“Nak bina rumah moden di tepi bendang memang tak sesuai. Jadi saya dan isteri membuat keputusan dengan memilih konsep desa Inggeris pada kediaman kami. Dari segi rekaan dan konsep memang idea saya sepenuhya.

“Isteri pula akan kenal pasti fungsi setiap sudut kediaman. Contohnya jika isteri nak tempat barbeque, jadi saya akan aturkan ruang untuk  barbeque, namun kami masih lagi mengekalkan reka bentuk cara Inggeris berbaque,”katanya.

Tambah beliau, binaan rumah ala Inggerisnya itu bagaikan sebuah inovasi pendidikan seni untuk anak-anak muridnya apabila belajar bab seni reka bentuk dalaman bangunan dan seni reka bentuk landskap.

“Mereka boleh datang ke kediaman saya untuk belajar di rumah saya. Modul akan saya sediakan untuk mereka,”katanya.

Itulah istimewanya teratak milik Cikgu Khairilazmir ini, maka tidak hairanlah kediamannya itu menjadi lokasi pilihan penggambaran drama Demi Cintaku Zainuddin yang bakal disiarkan di RTM.

Menurut Cikgu Khairilazmir yang pernah dinobatkan sebagai Naib Johan Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan Kategori Individu Sekolah Menengah 2019 ini, beliau tidak pernah menyangka kediamannya menjadi pilihan produksi.

Tambahan pula, ia memberi peluang kepada beliau bertemu dengan beberapa pelakon hebat seperti Azharani, Nabila Huda, dan Wan Raja.

Artikel lain:

11 Kantin sekolah dengan dekorasi mewah ini patut jadi destinasi lawatan penanda aras

Cikgu boleh semak ujian kesihatan mental di sini…

Kronologi kes jangkitan influenza di sekolah, terkini 164 pelajar dan seorang guru dijangkiti

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020