PEMBENTANGAN Belanjawan 2020 baru-baru ini turut mengumumkan berkenaan penebusan Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi penjawat awam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan membenarkan penebusan awal GCR sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

GCR adalah award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Guru-guru di Malaysia, boleh rujuk jadual diatas untuk formula pengiraan GCR.