Mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah perkara baharu dalam kalangan pendidik dan pelajar di Malaysia.

Sama ada mahu mengikutinya atau pun tidak, kita sememangnya tiada pilihan lain apatah lagi pandemik Covid – 19 kian meningkat setiap hari.

Semalam, 20 Januari 2021 adalah hari yang menjadi sejarah buat semua guru dan pelajar dimana mereka memulakan PdPR masing-masing.

Pelbagai cara dan inisiatif telah dilakukan oleh golongan ini dalam memastikan pembelajaran secara talian itu berjalan dengan lancar.

Justeru, menerusi koleksi gambar dari BERNAMA, kami tampilkan gambaran murid dan pelajar yang mengikuti PdPR dengan cara tersendiri.

Semoga segala urusan pembelajaran hari ini dan hari seterusnya akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Insya Allah.

1) Siti Nur Alisha Dania Mohd Rashdan, 12, murid Darjah Enam Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) mengikuti pembelajaran dengan kaedah PdPR secara atas talian pada hari pertama sesi persekolahan tahun 2021 berikutan peningkatan kes COVID-19 di Putrajaya.

2) Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru, Muhhamad Alliff Abdullah, 14, kelihatan tekun mengulang kaji pelajaran secara atas talian sambil membantu ibunya berniaga makanan di tepi jalan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di kawasan Adda Height.

3) Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Ahmad Farish Ahmad Fazli,17, nekad memakai pakaian sekolah yang baharu dibeli untuk mengikuti kelas dalam talian. Menurut Ahmad Farish, dia bersama beberapa rakan sekelas lelakinya akan memakai pakaian sekolah yang lengkap walaupun belajar di rumah bagi menghayati hari pertama persekolahan dan juga untuk lebih bersemangat dan bermotivasi. Sepatutnya sesi persekolahan secara bersemuka yang akan bermula hari ini ditangguhkan selepas 16 Januari lalu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR selepas trend kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat.

4) Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1) Muhammad Afif Darwish, 7, (kanan) mengikuti pembelajaran secara atas talian di Putrajaya. Bapanya, Mohd Rashdan Jaffar menemaninya pada hari pertama sesi persekolahan tahun 2021.

5) Muhammad Alif Daniel Mohd Rashdan, 9, murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1) mengikuti pembelajaran di rumah.

6) Murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Ampang, Dhia Afrina Shafiqah Shafiq Afendy, mengikuti subjek Matematik berdasarkan pembelajaran secara atas talian.

7) Pelajar Tingkatan Tiga dan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, Muhammad Hariz Safwan, 15, (kanan) dan adiknya Muhammad Harraz Daniel, 13, (kiri) sedang belajar secara online di rumahnya di Kuala Lumpur.

8) Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah, Muhammad Harraz Daniel mengikuti pembelajaran menggunakan telefon bimbit.

9) Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Ampang, Muhammad Haikal Hakimi khusyuk belajar secara talian di rumahnya.

Artikel menarik 

‘Tak perlu beri lambakan kerja, fokus pada kemahiran asas dan selit video berkaitan’ – Cikgu Hakim

PdPR bermula hari ini, guru dan ibu bapa perlu wujudkan komunikasi dengan lebih kerap