Pada saat seluruh umat manusia diuji dengan ketakutan, wabak dan penyakit... senjata utama yang boleh diamalkan adalah DOA.

Amalan berdoa merupakan amalan para nabi, rasul, para sahabat, salafus soleh dan manusia yang kenal kepada Tuhannya. Amalan ini juga adalah sebagai menzahirkan diri kita seorang Muslim yang bergantung kepada ALLAH  SWT dan bertawakkal kepada-Nya.

Ia juga adalah perisai atau benteng bagi setiap Muslim dan mampu menolong seseorang dalam menghadapi sesuatu musibah. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk melazimi amalan berdoa.

Antara doa yang boleh diamalkan dan dijadikan panduan buat semua pendidik dan juga pelajar, adalah... himpunan doa dalam buku ‘Inilah Doaku’, hasil nukilan terkini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Buku yang diterbitkan Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) itu akan diedarkan secara percuma bagi salinan cetak, manakala salinan dalam talian dalam format PDF boleh dimuat turun di https://mira.gov.my/buku/ atau di t.me/drzulalbakri.

Selain buku ‘Inilah Doaku’, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga turut menghasilkan sebuah buku yang terkandung pelbagai persolan lagi iaitu, ‘Soal Jawab Fiqh Covid-19’.

"Alhamdulillah dengan izin-Nya, dua buku saya iaitu 'Soal Jawab Fiqh Covid-19' dan 'Inilah Doaku' sudah disiapkan dan diterbitkan.

Semoga dengan penerbitan buku ini, ia dapat menjadi rujukan dan panduan buat kita semua.

Bagi buku 'Inilah Doaku', ia mengandungi 35 doa yang wajar dibaca dan diamalkan, yang dihimpunkan dalam buku setebal 54 muka surat.

"Ia mungkin boleh diamalkan selepas Subuh atau setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Cukup dengan mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk berdoa dengan doa ini," katanya.

SUMBER: https://mira.gov.my/buku/