Bidang perguruan, kejururawatan, doktor dan khidmat pelanggan, dipercayai kerjaya paling berisiko tinggi menyumbang kepada tekanan dan kemurungan.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pelajar PhD, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Shah Alam, Normazhazlin Alzahari, setiap orang mempunyai potensi untuk mengalami ‘Stress Anxiety Depression (SAD)’.

Namun masalah ini boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian saringan minda sihat menerusi laman web terpilih.

Menerusi ujian saringan ini, seseorang itu boleh mengetahui status kesihatan mental sama ada anda mengalami stress, bimbang, atau kemurungan.

Ujian ini hanya berfungsi sebagai saringan awal dan pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan.

Ujian saringan ini mengandungi 21 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan, iaitu Tidak Pernah, Jarang, Kerap dan Sangat Kerap. Jawab soalan dengan memilih SATU jawapan mengikut kesesuaian dan bertepatan dengan situasi diri anda.

Beliau yang melakukan kajian Pemasaran Sosial (Social Marketing), bertajuk ‘Pendekatan Pemasaran Sosial dalam Menangani Stigma Masyarakat terhadap Kesihatan Mental: Kajian Terhadap Guru-Guru di Selangor’ juga menerangkan, golongan wanita lebih terdedah dengan masalah kesihatan mental atau kemurungan berbanding lelaki.

Malah, kajian menunjukkan 50% yang mempunyai masalah kesihatan mental tidak membuat rawatan dan merujuk permasalahan tersebut kepada pakar. Rasa rendah diri, stigma masyarakat, dan tidak ambil kisah, dibimbangi akan menyebabkan berlakunya kesan lebih teruk pada masa akan datang.

Justeru, katanya lagi, seseorang itu perlu bijak mengatasi tekanan, dengan mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan meluahkannya dengan mereka yang boleh dipercayai.

Malah, menurut pemenang medal emas dalam kategori postgraduate di "Invention, Innovation & Design Exposition" 2019 (IIDEX 2019) ini lagi, sokongan orang sekeliling juga amat diperlukan.

Tidak mudah melabel, dan menjadi pendengar yang baik, sedikit sebanyak dapat membebaskan seseorang itu dari belenggu kemurungan.

Adakah anda mengalami Anxiety Disoder atau Normally Anxious?

1.Lakukan saringan kesihatan minda anda menerusi Depression Anxiety Stress Scale. 

Cikgu boleh semak dan klik di sini: UJIAN KESIHATAN MENTAL

2.Terdapat 21 soalan, anda hanya perlu pilih salah satu jawapan berikut. Klik/sentuh pada jawapan yang sesuai dan keputusan akan dikira secara automatik.

3.Keputusan akan diberikan, sama ada anda Kemurungan/Depression, Keresahan/Anxiety atau Stress.

4.Rujuk pakar / Doktor

5.Hubungi 603-79568145 atau laman sesawang https://www.befrienders.org.my/.

Perkhidmatan sokongan ini PERCUMA dan terangkan anda mengalami SAD.

Artikel Menarik:

Aktiviti ringkas dan permainan yang boleh guru buat ketika dalam kelas - Confirm murid tak mengantuk

10 Petua jadi cemerlang, yang perlu murid ambil tahu

Cikgu boleh amal tujuh tip ini jika mahu jadi guru cemerlang. Pelajar pasti tak ponteng kelas lagi