ANTARA soalan yang selalu saya dapat daripada rakan guru adalah, “bila masa yang sesuai untuk saya mohon Guru Cemerlang?”

Jawapannya, dah tentu lah bergantung kepada individu itu sendiri dari segi kesediaan. Namun, saya cuba kongsikan di sini adalah tempoh masa yang sesuai untuk mohon Guru Cemerlang berdasarkan kepada tahun berkhidmat dalam gred semasa, mengikut Iklan Guru Cemerlang Tahun 2019.

Untuk permohonan Guru Cemerlang di Sekolah Rendah, berikut adalah tempoh tahun perkhidmatan, iaitu:

DG41 ke DG44 adalah tidak kurang daripada 5 tahun

DG44 ke DG48 adalah tidak kurang daripada 3 tahun

Sebagai contohnya, jika Cikgu A dipostingkan pada 3.1.2015 dengan gred DG41, beliau hanya genap 5 tahun pada 3.1.2020. Maka Cikgu A boleh memohon Guru Cemerlang DG44 pada iklan Guru Cemerlang Tahun 2021.

Manakala untuk Guru Cemerlang di Sekolah Menengah pula, berikut adalah tempoh tahun perkhidmatan iaitu:

DG41 ke DG44 adalah tidak kurang daripada 5 tahun

DG44 ke DG48 adalah tidak kurang daripada 3 tahun

DG48 ke DG52 adalah tidak kurang daripada 2 tahun

DG52 ke DG54 adalah tidak kurang daripada 1 tahun

DG54 ke DG GRED KHAS C adalah tidak kurang daripada 1 tahun

Sebagai contohnya, jika Cikgu M dinaikkan gred secara timebase pada 3.1.2016 dengan gred DG44, beliau hanya genap 3 tahun pada 3.1.2019. Maka Cikgu M boleh memohon Guru Cemerlang DG48 pada iklan Guru Cemerlang Tahun 2020.

Jadi untuk mereka yang berminat dengan permohonan Guru Cemerlang, pastikan tempoh perkhidmatan anda betul-betul mencukupi sebelum anda teruskan dengan permohonan. Bimbang ada yang gigit jari nanti menunggu kehadiran tuan nazir yang tak kunjung tiba.

Persiapkan diri dengan strategi dan keperluan yang perlu anda tambah baik. Nasihat saya, ke arah persediaan menjadi Guru Cemerlang, maka cuba lah isi terlebih dahulu borang permohonan bagi mendapat idea dan gambaran awal apa yang perlu anda sediakan ke arah mencapai impian bergelar Guru Cemerlang.

Apa pun impian anda, saya ucapkan selamat maju jaya buat semua!

Sumber: Blog Cikgu Hailmi

Artikel Menarik:

13 aktiviti menarik sempena hari pertama persekolahan - Cikgu-cikgu boleh cuba ni

Nasihat 'deep' Cikgu Hailmi buat guru baru posting - Hadam baik-baik