Meja cikgu yang cantik, kemas dan kreatif tentunya akan menjadi perhatian ramai.

Begitu juga dengan meja Cikgu Lijah dari SK Manjoi 2.

Memilih warna merah sebagai warna hiasan untuk mejanya, serius sangat cun melecun.

Ikuti perkongsian menerusi blog Cikgu Emmet Menulis.     

 

 

**********

 

 

Kreativiti Hiasan Meja Kerja CIKGU LIJAH Jadi Perhatian

“Meja cikgu pun nak kena lawo.. Baru le naik semangat nak ngajor.” kata Cikgu Aleeza Lod atau lebih mesra dipanggil CIKGU LIJAH apabila diajukan soalan mengapa beliau bersungguh-sungguh menghias meja guru di bilik guru.

Namun begitu memang tidak dinafikan bahawa kreativiti Cikgu Lijah benar-benar terserlah apabila meja dan stesen kerjanya dihias dengan warna tema merah menyala.

“Bior nampak garang sikit pasey tu le teman guna kaler merah” jelas Cikgu Lijah dalam bahasa perak yang agak pekat.

 

 

Sebelum ini tema kuning dan pink digunakan oleh beliau.

Kali ini beliau menginspirasikan warna merah yang cukup menyerlahkan keberanian dan keyakinan guru dalam mendidik anak anak murid.

“Teman habiskan RM250 je untuk beli kain, keroteh warna dan hiasan lain” jelas Cikgu Lijah lagi bila ditanya jumlah kos yang dikeluarkan.

 

 

Guru bahasa Inggeris di SK Manjoi 2, Ipoh ini sememangnya seorang guru yang ceria dan disenangi oleh murid murid.

Selamat mengajar CIKGU LIJAH…. MURID-MURID DONT MESS WITH TICER LIJAH TAUUUU…

 

Hiasan meja Cikgu Lijah sebelum ini. Tetap cantik dan kreatif.

 

 

Sumber: Blog Cikgu Emmet Menulis

 

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.gpsbestari.com/artikel/inilah-kisahku/guna-plastik-ikan-sebagai-beg-sekolah-bila-koyak-ayah-ganti-dengan-plastik-ikan-yang-baru-1.920120

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.gpsbestari.com/artikel/inilah-kisahku/nak-naik-kereta-mana-cikgu-ini-sembunyi-perasaan-terkejut-bila-tengok-kereta-bekas-pelajar-1.920363

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.gpsbestari.com/artikel/inilah-kisahku/ternampak-kelibat-menakutkan-depan-rumah-ustaz-malik-terus-diganggu-1.919568

 

***Jika anda ingin menyumbangkan berita, tip atau artikel berkaitan dunia persekolahan, boleh emelkan kepada [email protected]