Buat ibu bapa yang risau anak terlalu aktif aktiviti kokurikulum.

Di sini, cikgu ingin bincangkan tentang kokurikulum. Ramai ibu bapa risau melihat anaknya terlalu aktif dalam aktiviti kokurikulum. Namun masih tidak menyedari kebaikan kokurikulum ini kepada anaknya.

Asasnya ibu bapa perlu tahu kokurikulum bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan seperti pada waktu petang selepas masa pembelajaran dan pemudahcaraan. Semua aktiviti kokurikulum ini akan memberi pelbagai kepentingan dan kebaikan kepada pelajar demi masa depan mereka.

Antara kepentingan aktiviti kokurikulum ini termasuklah para pelajar dapat mengisi masa senggang mereka yang selalu tidak di manfaat dengan aktiviti yang lebih memberikan kebaikan. Sesuailah dengan kata cendekiawan yang mengatakan bahawa masa itu emas. Natijahnya, murid dapat menggunakan masa yang diperuntukkan kepada mereka dengan menyihatkan tubuh badan dan menajamkan akal fikiran mereka.

Selain itu, para pelajar dapat menyemaikan semangat kerjasama sesama pelajar juga sesama guru dan pelajar. Hal kerana sesama melakukan aktiviti kokurikulum mereka perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memudahkan kerja.

Selain itu, terdapat juga aktiviti yang memerlukan pelajar berganding bahu seperti pertandingan perarakan, mereka perlulah menyeragamkan setiap langkah mereka bagi mendapat markah yang lebih baik. Kesimpulannya, kerjasama dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum.

Sebenarnya aktiviti kokurikulum ini dapat menyihatkan tubuh badan. Tubuh badan kita akan sihat jika berpeluh. Aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan menggalakkan murid bersukan kerana telah seharian memerah otak pada pagi hari.

Oleh itu, dengan aktiviti sukan dan permainan, murid dapat menghilangkan stres di samping dapat menyihatkan tubuh badan dengan mengeluarkan peluh.

Sumber: Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

Artikel Menarik:

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini

'Cantiknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong

Sedapnya suara, syair Cikgu Azizah raih lebih 400 ribu tontonan