GURU Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Seri Puteri, Batu Pahat, Johor, Aminah Mat Yusoff berkongsi lapan cara mudah menghasilkan inovasi untuk semua guru.

Menerusi entri terbaharu yang dimuat naik hari ini, Ustazah Aminah berkata, setiap inovasi yang dihasilkan olehnya, bukanlah untuk diri sendiri.

"Ia sebenarnya adalah bukti, kasih dan sayang sejati saya untuk anak didik yang dekat di hati," katanya.

Jom ikuti lapan cara menghasilkan inovasi.

1) Macam mana nak mula?

Inovasi menurut Ronger E. Miller (1971) merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.

a) Penghasilan baru.

b) Berdasarkan proses penyusunan semula.

c) Menggunakan unsur yang sedia ada.

d) Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai.

Semua teknik, kaedah, bahan atau idea orang lain yang pernah kita gunakan untuk bantu murid semasa PdPc itulah permulaan kepada inovasi.

Setiap teknik yang diperkenal oleh seseorang tidak semestinya sempurna untuk murid kita, lalu timbul idea untuk tambah baik kaedah yang sedia ada kepada kaedah yang lebih sesuai. Itulah inovasi.

2) Terus catat, jangan bertangguh

Ia seperti ikan di lautan, sekali timbul di permukaan air menunjukkan diri teruslah tangkap kerana bila hilang dari pandangan mustahil untuk ia datang semula.

3) Mudah, tidak complicated

Inovasi tidak semestinya idea yang menghasilkan produk, complicated, canggih atau mahal tapi dikira inovasi juga jika menggunakan bahan sedia ada yang ditambah baik fungsinya.

Saya juga pernah hasil inovasi dengan hanya menggunakan pergerakan sahaja.

4) Cari sampel

Sampel ialah murid yang kita jadikan sebagai bahan untuk ujikaji. Tentulah murid yang perlukan pelan intervensi. Maksimum tertakluk kepada berapa jumlah yang kita mahu, minimum seorang. Seorang boleh ke? Boleh, bergantung kepada kaedah yang kita perkenalkan.

Contohnya, di sekolah hanya ada seorang sahaja murid yang mempunyai masalah pertuturan. Kajian kita ialah berkenaan tahap penguasaan bahasa bagi murid yang lemah dalam pertuturan. Jadi hanya satu sampel sahaja yang ada.

5) Test

Part ni paling penting. Test pada murid, adakah idea ini relevance dengan permasalahan yang ada. Tak perlu cari masa khusus untuk uji murid, boleh lakukannya semasa PdPc berlangsung, lihat reaksi dan penerimaan murid.

Nilai dari segi masa, makin cepat atau tiada perubahan. Nilai juga dari segi kefahaman murid, lihat perubahan tingkah laku dan sikap.

6) Catat perkembangan

Sediakan satu form untuk kita catat perubahan murid. Hanya kita sahaja yang tahu, apakah item yang diperlukan dalam form berkenaan untuk menjawab kepada setiap persoalan yang timbul.

7) Tahniah!!! anda sudah hasilkan inovasi.

Simpan elok-elok segala maklumat yang kita ada. Cuba hasilkan bahan. Saya pernah adakan projek dalam PdPc kemudian murid hasilkan bahan untuk inovasi...So easy...Pakai bahan yang ada kat sekolah contoh manila card, marker pen, pensel warna dan sebagainya.

Bahan yang dah siap mesti digunakan pakai dalam kelas mengikut keperluan, ia memudahkan tugas kita sebagai seorang guru sebenarnya.

8) Jangan simpan, sila kongsi.

Jangan lupa patternkan (hakcipta sendiri) dan sebarkan.

Ada inovasi mesti kongsi, melalui perkongsian Allah datangkan lagi idea untuk kita tambah dan perbaiki.

Rugi guna sorang-sorang, kongsi dengan rakan guru terutamanya yang mengajar subjek sama dengan kita.

2010 saya mula berinovasi, sertai pelbagai pertandingan.. Alhamdulillah setiap anugerah yang saya perolehi tanda Allah berkati. Ia mendidik menjadi seorang guru yang memahami, berusaha perbaiki diri.

Inovasi bukan untuk diri,
Ia bukti,
Kasih dan sayang sejati,
Untuk anak didik yang dekat di hati

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff Yusoff

- Merupakan Guru Pendidikan Islam SK Seri Puteri, Batu Pahat, Johor

Artikel Menarik:

Aktiviti ringkas dan permainan yang boleh guru buat ketika dalam kelas - Confirm murid tak mengantuk

10 Petua jadi cemerlang, yang perlu murid ambil tahu

Cikgu boleh amal tujuh tip ini jika mahu jadi guru cemerlang. Pelajar pasti tak ponteng kelas lagi