Dah beberapa bulan tidak bersekolah ni, tentu banyak yang dipelajari di rumah, sama ada menjahit, memasak, baking, dan pelbagai kemahiran lain lagi.

Untuk tambah pendapatan, e-book sangat membantu. Untuk membinanya juga tidaklah sukar, sekiranya cikgu tahu langkah-langkahnya.

Nak tahu bagaimana membina e-book cara mudah? Guru Subjek Bahasa Inggeris, SK Rapat Jaya, Ipoh Perak, Cikgu Raihan Hamiza Jalaludin ada tip nya.

Untuk bacaan yang lebih lengkap, pembaca boleh klik DI SINI. 

Artikel Cikgu Raihan, yang bertajuk 6 Langkah Penghasilan e-book, mudah dan ringkas, sangat membantu cikgu-cikgu semua. Menerusi artikel 6 langkah tersebut, Cikgu Raihan berkongsi tentang tip bagaimana e-book ini memudahkan pembelajaran guru-guru, menjimatkan kos printing dan tidak perlu usung buku ke mana-mana dan juga lembaran nota. Memang menarik! Untuk Bacaan lain, cikgu semua boleh ke laman web beliau di : https://www.raihanjalaludin.com

Jom cuba…

Sebenarnya ada beberapa aplikasi percuma yang boleh digunakan untuk buat e-book. Tapi hari ni saya nak perkenalkan satu sahaja iaitu ANYFLIP. Ia sesuai untuk beginner yang baru nak berjinak-jinak nak buat e-book.

Anda hanya perlu sediakan dokumen PDF, selesai! Cikgu-cikgu explore lah habis-habis apps ni ya!

Kelebihan menggunakan e-book berbanding buku sebenar adalah, paparan boleh DIBESARKAN (ZOOM), BOLEH DIKONGSIKAN SECARA TERUS KE MEDIA SOSIAL termasuk facebook, G+, twitter dan lain-lain.

Boleh juga di embed ke dalam site Frog VLE atau pun blog. Untuk blog, cikgu-cikgu hanya perlu copy embed link dan pastekan kat HTML ya. Oh ya, QR Code pun akan dijana sekali secara automatik.

Langkah demi langkah

Langkah 1

Pastikan anda sudah menyediakan bahan dalam bentuk PDF. Kemudian pergi ke laman www.anyflip.com

Langkah 2

Klik sign in, gunakan sama ada akaun google atau akaun facebook anda. Kemudian klik ADD NEW BOOK

Langkah 3

Pilih versi - yang ini tak perlu ubah… biarkan sahaja dalam format FLASH

Langkah 4

Masukkan sedikit info tentang buku anda itu.. muat naik bahan anda.

Langkah 5

Yang ni kalau rajin boleh tukar template.. Optional! Tak nak pun tak pe… klik save!

Langkah 6

Ok dah boleh share e-book cikgu-cikgu tu. Jika link tu panjang sangat, cikgu boleh pendekkan ia. Kalau tak tahu macam mana nak pendekkan URL, boleh baca di SINI

Untuk edit e-book, boleh klik di button yang pertama tu ya… kedua tu embed button, yang lain-lain cikgu boleh explore sendiri ya.

Ok cikgu semua… selamat mencuba ya..

SUMBER : https://www.raihanjalaludin.com/2018/02/6-langkah-penghasilan-e-book-mudah.html

Artikel berkaitan:

Cikgu McNor ajar empat langkah mudah buat sendiri cecair basmi kuman dengan kos hanya RM22 untuk satu liter

Sekolah perlu rancang SOP sendiri, pastikan pelajar patuh jarak sosial

Teruskan PdP dari rumah, pastikan murid dapat ilmu - Timbalan Menteri Pendidikan II

Demi cikgu, murid sanggup jual tin untuk beli kek hari lahir

'Cikgu Aminah bagai ibu kami, bila dia sakit giliran kami pula berbakti'