Masih kekurangan idea untuk menulis refleksi atau impak dalam buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH)?

Apa kata cikgu-cikgu hadam contoh penulisan refleksi di bawah ini.

Semoga perkongsian ini dapat membantu warga pendidik menghasilkan RPH yang lebih menarik dan berkualiti nanti.

Jom tengok.

1) Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) telah mencapai objektif/target yang diingini

2) Murid - murid dapat menguasai kesemua aras P&P

3) Murid-murid dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari

4) Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif

5) Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target

6) Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran

7) 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran

8) 10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran

9) 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran

10) 10 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran

  • Murid-murid telah menyertai aktiviti P&P dengan jayanya
  • Sebahagian murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti P&P kerana kesuntukan masa.
  • Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian
  • Hanya sebahagian murid-murid yang mengikuti PdP, manakala bakinya tidak bersungguh-sungguh dalam PdP
  • Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas
  • PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru
  • PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas
  • PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah

11) Aktiviti P&P tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

12) Sebahagian aktiviti P&P perlu diulang semula kerana murid-murid tidak menguasai objektif pembelajaran

Ini hanyalah sebahagian contoh yang boleh cikgu-cikgu rujuk. Ia boleh diubahsuai mengikut keperluan guru-guru.

Sumber: Blog Cikgu Azman

Artikel menarik

Program NILAM bina keyakinan diri, pupuk budaya membaca murid SK Bukit Rimau

14 tip mudah faham dalam pelajaran, ini rahsia yang boleh pelajar ikut