KEPADA ibu dan bapa yang terasa hati bila melihat anak-anak dihukum guru, berbirat peha dan lengan dengan kesan rotan, pergi ke sekolah...marahlah guru itu...rakam wajah guru yang terlebih ajar anak kita. Sumpah seranah lah. Buat laporan pada PPD, JPN dan report polis. Buatlah. Yelah anak anda, anak orang bukan anak pokok pisang, mestilah sayangkan.

Dari kecik kita jaga, hingga sekolah menengah suka hati pulak cikgu nak merotan. Marahlah guru-guru itu. Malukan mereka dengan merakam wajah mereka. Just Do it. Itu hak anda sebagai ibu bapa.

Puas hatikan? Seronokkan sebab berjaya mengajar guru-guru yang menghukum anak-anak kita.

Ok kalau ibu bapa rasa tindakan itu membuatkan anda MENANG, ye, anda dah menang...tapi hal yang sebenarnya, anak anda yang KALAH dalam jangka masa panjang.  

Sebab lepas ni, guru-guru akan lepas tangan. Hanya mengajar tapi tidak mendidik. Hanya mengajar tapi tidak menegur. Buat apa kita tegur kalau lepas ni ibu bapa berang. Buat apa dirotan kalau lepas ni ibu bapa yang meroyan. Maka anak-anak anda yang BESAR KEPALA ini akan membawa haluan sendiri. Jika dia sesat, maka sesatlah.

Maafkan saya kalau ada ibu bapa yang berasa hati dengan tulisan saya.

Ibu bapa yang dihormati,

ILMU ITU DIAJAR SEIRING DENGAN ADAB. Sebab itu orang yang berilmu adalah orang yang beradab. Orang yang beradab akan hormat pada sumber ilmu iaitu gurunya.

Jika murid memaki guru b***, pondan dan kata-kata sumpahan, maka murid itu tiada adab. Kalau tiada adab makan tiada lah ilmu yang akan masuk ke jiwa dan minda, maka jadilah anak-anak kita yang miskin adab, budi dan moral.

Anak-anak ini bila dewasa kelak tak mustahil akan meninggalkan kita sendirian, akan jijik menjaga kita yang tua dan sakit, sebab adab tiada dalam jiwa.

Saya pernah di maki b*** hanya kerana pelajar tak setuju keputusan saya semasa mengadili permainan futsal. Ermm kalau ibu bapa dimaki anak dengan perkataan b***, adakah ibu bapa masih boleh mengusap pipi anak dan menciumnya? Ye boleh, tapi tidak bagi saya.  

Walaupun saya tak melempang pelajar itu, tapi tetap tak lupakan kata-katanya hingga kini. Hingga satu hari saya dengar dia sekarang menghuni pusat serenti kerana menjadi penagih dadah. Sedihkan?

Ye, saya rasa sedih dan simpati pada ibu bapanya. Walaupun saya tak pernah berdoa dia jadi begitu.

Jadi, kepada ibu bapa...Kalau rasa guru ‘Ah Qua’, tak mampu ajar anak, maka ajarlah anak sendiri di rumah. Nak pindah pun tak guna sebab jika berpindah ke sekolah lain pasti guru lain pun tak mahu membimbing jiwa anak-anak ini kerana sudah tular di media sosial. Mereka hanya mengajar apa yang ada dalam sukatan sahaja. Bimbingan perlukan ikhlas, teguran dan dendaan supaya anak tak leka.

Pada guru, just play safe. Jangan kacau kalau rasa anak didik kita jenis tak dapat menerima teguran berkali-kali. Tulis surat mengadu je pada ibu bapa mereka. Mereka nak bertindak atau tidak terpulang pada mereka.

Tak payahlah cikgu rotan-rotan sangat. Ni zaman revolusi industri 4.0. Kita buat je ‘kerja mengajar’ kita.

Ini sahaja pandangan saya.

Sumber: Facebook Cikgu Emmet Menulis

ARTIKEL BERKAITAN:

Insiden guru rotan pelajar yang menggelarnya Cikgu Pondan, ini reaksi Dr. Maszlee

Kes tular pelajar dirotan, bagi aku yang merakam itulah yang paling jahat

Bekas pelajar tampil pertahankan tindakan guru

ARTIKEL MENARIK

Tragedi bot terjunam ke dasar tasik - 'Perginya' Cikgu Fauzi buat Cikgu Rahman rindu kenangan lalu

Guru ini kongsi 12 kelebihan masuk Tingkatan Enam, nombor tujuh pasti buat ramai tersenyum

Sejarah nama lima sekolah yang terkenal di Malaysia - Ini faktanya

Guru Adiwira PAK 21 ini guna lego dan Elemen 4K1N ajar MBK Masalah Penglihatan

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya