NILAI diri adalah permata dalam hati.

Ada orang yang memiliki kekayaan harta,  tetapi miskin kasih sayang.  Ada orang miskin harta,  tetapi disanjung dan dihormati kerana pekertinya.

Sentiasa ingat di mana kita bermula,  agar kita tahu siapa yang sentiasa bersama kita saat susah dan senang.

Teruslah berusaha dan berjuang untuk mengapai kejayaan, kerana jika kamu ingin menjadikan mimpi sebagai satu kenyataan,  perkara pertama yang perlu kamu lakukan adalah bangkit daripada lena.

Mimpi akan terus menjadi mimpi, saat mata terpejam dan terlena.

Namun mimpi akan menjadi kenyataan, ketika kamu bangkit dan menyusun langkah untuk meraihnya.

Berkawanlah dengan semua orang agar kamu kenal yang mana kaca yang mana satu permata tetapi bijaksanalah memilih kawan yang dapat menjadikan dirimu lebih baik daripada semalam, bukan menjadikan semalammu lebih baik daripada hari ini.

 

 

Alafian Mansor

Guru Pra Sekolah, SK Orang Asli Sayong Pinang, Kulai, Johor

 

ARTIKEL LAIN:

'Mana ma dan abah?' - Murid SK Kuang ini tak tahu ibu ayah dan dua adik meninggal (8 foto)

Tular kisah Ibu bapa Cina hantar anak ke tahfiz, ini cerita sebenar Mike ketika sekolah

Calon lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 boleh buat semakan 12 tengahari, hari ini

Cikgu Nan tak sangka dapat hadiah Hari Guru daripada artis - Terbaiklah cikgu!