GURU ibarat seorang selebriti atau model untuk pelajar-pelajarnya. Kalau tak percaya, cuba sesekali anda pakai pakaian yang lain sikit daripada hari biasa. Confirm pelajar-pelajar akan puji. Siap tanya beli kat mana terutama pelajar-pelajar perempuan. Kalau boleh, dia nak suruh kita buat tutorial shawl kat dalam kelas.

Pelajar lelaki pula selalunya akan rajin menyapa dan bergurau senda. Ehem...ada maksud lah tu.

Manakala cikgu lelaki pula, tak payah cakap. Cair budak-budak ni tengok cikgu segak. Biar pun suami orang. Apa mereka peduli. Cuci mata katanya. Amboi...

Walau bagaimanapun, mahu bergaya perlu berpada. Selagi kita penjawat awam ada etika pakaian yang perlu kita patuhi. Kita hendaklah tidak melampau atau berlebihan-lebihan dalam berfesyen semasa waktu dalam bekerja.

Jika berkeperluan untuk tujuan pembelajaran seperti memakai “costume” untuk menarik pelajar untuk belajar terutama murid-murid kelas berpotensi mungkin boleh diterima dengan alasan sebagai alat bantu mengajar (ABM).

Justeru itu, mari kita sama-sama fahamkan maksud imej yang sebenar terlebih dahulu sebelum perkongsian tip-tip imej pada masa akan datang.

Maksud Imej menurut kaca mata seorang Perunding Imej Profesional dan bertauliah

Imej sebenarnya tidak merujuk pada pakaian kita semata-mata. Ianya adalah salah satu bentuk komunikasi yang merangkumi 4 elemen seperti berikut. Mudah nak ingat dengan akronim ABCD.

1) A=Appearance (Penampilan)

2) B=Behavior (Perlakuan atau tingkah laku)

3) C=Communication (Komunikasi secara verbal dan tanpa lisan)

4) D=Digital imprint (Penulisan atau gambar-gambar online seperti FB, Blog, Twitter dan sebagainya)

Terdapat juga perunding-perunding imej yang meringkaskan dengan 3P iaitu Penampilan, Perlakuan dan Pertuturan.

Kepentingan imej

Seorang cikgu wajib menjaga imejnya sebagai seorang guru kerana kita adalah contoh kepada anak-anak murid atau pelajar.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab: 21 bermaksud...

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.”

Sebagaimana yang kita sedar dan tahu Rasulullah SAW adalah guru kepada umat akhir zaman, sempurna akhlaknya tetapi sentiasa menjaga setiap inci imejnya.

Apatah lagi kita manusia biasa yang penuh lakaran dosa. Maka, begitulah perumpamaan kita sebagai guru kepada seorang pelajar.

Seharusnya kita menjadi contoh kepada pelajar sama ada daripada aspek penampilan, pertuturan dan perlakuan supaya penghormatan itu datang sendiri tanpa dipinta mahupun dipaksa.

Sumber: Blog Cikgu Stailo

ARTIKEL MENARIK:

Bekas guru ini kongsi kisah sanggup tinggalkan kerjaya untuk jadi pendakwah - Ini kata beliau

Nak elak mudah lupa dan tak faham sesuatu topik...ini tujuh tip yang patut anda tahu

Empat tip penting untuk pelajar ikut selepas sambutan Aidilfitri

Pelajar kelas belakang..cikgu ini kongsi enam kelebihan bagaimana nak ajar mereka

'Berilah apa saja, dia pasti jaguh' - Patutlah Nabilah hebat rupa-rupanya dapat bimbingan cikgu ini