Harapnya belum terlambat untuk cikgu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kenalan, ibu bapa dan anak murid baik yang pernah mengikuti atau belum, kelas dan seminar mengenali atau baru nak kenal di seluruh Malaysia.

Dengan ucapan semoga kalian berbahagia bersama keluarga tercinta Aidilfitri ini.

Di sini, cikgu ingin kongsi beberapa tip untuk memotivasikan pelajar-pelajar selepas perayaan hari raya. Semoga bermanfaat.

1- Enjoy the Raya moment

Cikgu pesan kepada my student. Kepada calon peperiksaan awam UPSR PT3 & SPM jangan takut untuk beraya. Enjoy your time with your beloved family. Masa tidak mampu diulang kembali. Ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan datang dan pergi. Masa yang ada nikmatilah ia seadanya. Cuma ingat jangan terlalu berlebihan.

2- Hargai masa

Lepas seminggu atau 10 hari beraya, perlahan-lahan tinggalkan keindahan raya dan fikir tentang exam. Masa tu pun mood raya pun memang semakin berkurang. Fikir macam ni,

“raya raya jugak, masa, tarikh dan hari berjalan, sekarang dah nak masuk pertengahan Jun, exam dalam beberapa bulan je, takkan nak last minute lagi, aku kena buat sesuatu ni”

3- Take baby steps yet consistent

Ingat senang ke nak motivate atau push diri sendiri untuk buat something. Kalau senang tiada lah kerjaya pakar motivasi atau cikgu kaunseling. Even orang dewasa pun pergi kelas untuk meningkatkan motivasi sebab kadang-kadang terkucil juga. Rasa down dan demotivated itu lumrah manusia.

Cuma it’s about how would you survived in that situation.

Mulakan dengan satu demi satu topik. Baca dan fahamkan sistem topik itu dan buat latihan di penghujung topik untuk test kefahaman.

4. Fikir mak ayah, fikir penat lelah dan pengorbanan mereka

Cadangan cikgu, untuk level pelajar primary dan secondary school ni, fikirkan tentang pengorbanan mak ayah awak. Cikgu tahu korang semua anak yang baik. Anak yang baik confirm menitik air mata bila mengenang jerih perih ibu bapa.

Awak ingat kerja tu best ke. Indah ke. Penatnya, ngantuknya dan bosannya tak terkata tau. Ketika awak mintak mak ayah belikan baju raya awak, awak tau mereka cuba tahan poket tu, cuba jimat, tapi tak sampai hati tak penuhi permintaan anak. Ketika awak minta bawa jalan sana sini, mak ayah pening nak isi minyak kereta tapi tak sampai hati anak nak beraya dengan saudara mara.

Bagi anak asrama pula, lain pula ceritanya. Cikgu dulu sekolah dalam 1 negeri saja, tapi terharu pengorbanan mak abah cikgu menghantar cikgu ke sekolah atau tunggu cikgu naik kereta api. Masa tu dari Kulai ke Segamat.

Akhir kata, nasihat cikgu, masih ada masa. Jangan diratapi keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Sebaliknya jadi kan sumber kekuatan.

“aku ni bukan tak boleh buat, sikit lagi nak A, sikit lagi nak lulus, kalau lah aku usaha lebih sikit”

“kalau nak kata soalan tu susah, kawan aku tu boleh dapat markah tinggi, mungkin aku salah kat mana-mana”

Semua orang mampu berjaya. Semua berbalik kepada sikap, kesedaran dan usaha kita untuk memajukan diri.

- Cikgu Redzwan

Sumber: Facebook KELAS Math & Addmath Cikgu Redzwan

ARTIKEL MENARIK:

'Berilah apa saja, dia pasti jaguh' - Patutlah Nabilah hebat rupa-rupanya dapat bimbingan cikgu ini

Peroleh 7A dalam SPM sedangkan result trial teruk..pelajar ini buka rahsia siapa dorong dia study

Makan kertas dan pemadam kerana lapar - Kisah pelajar tingkatan 3 dan adiknya, Zana undang sebak

Gagal kuasai subjek Matematik..rupa-rupanya ini faktor sebenar pelajar lemah dan corot subjek itu

Cara sebenar tarik minat anak suka Matematik..mak ayah kena ikut formula mudah ini