Siapa yang ikuti drama bersiri 'Facebook Tok Chom'? Cikgu-cikgu mesti tunggu drama ni kan? Kisah pesara guru yang rapat dengan kehidupan golongan pendidik.

Kejayaan seorang pendidik bila mana anak muridnya berjaya dibentuk menjadi seorang insan berguna tidak kira kepada bangsa mahu pun agama.

Usaha dilakukan dalam mendisiplinkan seseorang pastinya bermakna dan diingati selamanya tetapi sebaliknya berlaku kepada watak Tok Chom dalam drama bersiri 'Facebook Tok Chom' yang sedang bersiaran menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 10 Jun lalu, jam 8.30 malam di TV2.

Menampilkan pelakon Kartina Aziz, Fahrin Ahmad, Watie Sadali, Jasmeen dan Hairi Othman, siri 13 episod terbitan Rumah Karya Cipta (M) Sdn Bhd ini menonjolkan kisah pesara guru dikenal sebagai Tok Chom yang tinggal di kampung.

Walaupun usianya telah lanjut tetapi dia seorang yang celik IT dan mempunyai akaun Facebook sendiri.

Aktiviti hariannya melayari internet dan mengajar budak-budak kampung mengaji. Suatu hari, keluarga Bakar yang berasal dari bandar berpindah ke kampung mereka. Isteri Bakar, Muslina membawa anak mereka, Danial ke rumah Tok Chom untuk belajar mengaji.

Danial seorang budak yang nakal dan pemalas tidak suka mengaji dengan Tok Chom yang tegas.

Dia juga seorang budak yang sombong dengan budak-budak lain sama ada di sekolah ataupun di tempat mengaji. Kedatangan Danial yang degil dan nakal telah menimbulkan masalah kepada Tok Chom.

Dia cuba menegur Danial tetapi sebaliknya dia dimarahi ibu Danial yang memenangkan anaknya.

Konflik bertambah parah bila ibu Danial mempengaruhi ibu Yunus dan Husin membuat laporan polis terhadap Tok Chom yang memukul anak mereka sedangkan Tok Chom bertindak mahu mengajar mereka jadi baik.

Tok Chom telah ditangkap dan didakwa ke mahkamah.

Apakah yang terjadi seterusnya? Adakan Tok Chom bersalah? Saksikan jawapannya dengan menonton drama ini. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang   menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my) atau menerusi aplikasi RTM Mobile.

Artikel lain:

Senarai 14 sekolah Pasir Gudang yang ditutup bermula hari ini hingga Khamis - 11 foto

Luar pangsapuri, dalam kondo! Lihat apa yang guru ini lakukan pada kediamannya

Pencemaran udara terbaharu di Johor turut jejas SK Pasir Gudang 4

15 murid Sekolah Agama Taman Mawar alami simptom muntah, sesak nafas

11 murid Pasir Gudang pening, loya dan muntah - PPD ambil langkah berjaga-jaga