Catatan daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara, Changlun, Kedah, Mohd Nizam Saidin.

KEJAYAAN anak-anak didik SK Dato’ Wan Kemara hari ini, esok dan nantinya adalah bergantung kepada kita sebagai agen penyebar ilmu.

Walau dalam apa jua keadaan sekalipun, tugas kita mendidik harus kita utamakan. Dalam tempoh kesukaran menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sebagai seorang guru yang sentiasa mendambakan kejayaan anak-anak didik kita...kalian guru-guru di SK Dato’ Wan Kemara sangat hebat!

Rata-rata masyarakat luar yang juga bergelar pendidik sangat teruja dengan apa yang guru-guru SK Dato’ Wan Kemara laksanakan dalam tempoh PKP ini...Syabas!

Namun begitu, ada juga cakap-cakap daripada orang yang negatif...tentang kepayahan serta kesukaran untuk anak-anak didik yang kurang mampu untuk mengakses sumber pembelajaran...berasaskan maya ini.

Ingin saya kongsikan tentang apa yang kita boleh fikirkan bersama untuk kepentingan anak-anak didik kita...

“Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut. Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.”

Justeru, wahai sahabatku guru-guru cemerlang SK Dato’ Wan Kemara...Ayuh! kita bersama dalam masa-masa yang sukar ini kita gunalah apa pun mekanisme serta pelantar untuk sampaikan ilmu, jalankan tanggungjawab kita sebagai pendidik untuk generasi anak-anak didik kita mencapai kejayaan yang diimpikan mereka.

Terima kasih atas apa yang telah kalian laksanakan sebelum dan selepas ini kerana pada saya kalian adalah ”The Best Among The Best Teacher”

Teruskan khidmat bakti kalian yang terbaik!