Selalu kita dengar, bila nampak seseorang anak murid itu nakal kelakuannya, cikgu akan kata.. 

“Haaa.. mak bapak dia tak ajar la tu. Apa nak jadi la budak tu. Dah besar nanti mesti jahat”. Agak keras bunyinya kan?

Kadangkala, kita lihat anak murid kita tidak bermaya, tidak buat kerja yang kita berikan terus kita cap di dahi mereka, mereka memang bermasalah. Mereka memang malas. Tidak boleh dibantu lagi sehinggakan ada ketika kita sanggup mengherdik mereka dengan kata-kata yang bernada keras dan kasar.

Bagaimana kalau anak murid itu ialah anak kita sendiri? Tentu sungguh meruntun jiwa.

Kadang-kadang bukan ibu bapa tidak ajar anak mereka di rumah, cuma anak itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Apa salahnya sebagai seorang pendidik datang hampir pada anak yang bermasalah itu dan berikan sedikit nasihat?

Namun begitu, apabila kita berhadapan dengan situasi seumpama itu, siapa yang perlu kita salahkan? Adakah ibu bapa itu sendiri? Adakah guru itu sendiri? Adakah sistem pendidikan kita pada hari ini yang perlu kita persoalkan dan salahkan? Sehinggakan ada ibu bapa yang sanggup ‘home school’ kerana tidak percaya pada sistem pendidikan sekarang ini. TIDAK sama sekali. Kita, sebagai pendidik yang harus menyesuaikan diri dengan tuntutan dan perubahan kurikulum yang diperkenalkan.

Bak kata Saidina Umar Al-Khattab “ Didiklah anak-anak kamu sesuai dengan zamannya kerana mereka dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau”

Jika zaman kita dahulu, penggunaan buku teks semata sudah memadai dan menjadikan kita murid bijak pandai.

Namun, zaman sekarang anak murid ini terdedah dengan pelbagai sumber pembelajaran. Mana mungkin cikgu dapat mengatasi kelebihan tayangan animasi video yang nyata lebih menarik minat murid.

Maka, sebagai guru masih lagikah kita hendak berada di takuk yang lama? Masih lagi kita hendak guna kaedah ‘chalk and talk’. Masih lagi kita hendak menggunakan kaedah herdik dan tengking supaya murid sentiasa takut dan mudah untuk kita kawal. Masih lagi merasakan kita, GURU yang paling berilmu dan berkuasa di dalam kelas?

Jika itu diri kita, jangan nanti apabila keputusan keluar anak murid tidak dapat “score” subjek kita bukan kerana mereka tidak faham tetapi mereka tidak minat dengan “kita” yang mengajar subjek itu.

Hal ini kerana, hanya dengan minat kejayaan akan hadir di penghujung destinasi itu.

Cikgu Zura Zahrin

 

Sumber: Facebook Zura Zahrin

ARTIKEL BERKAITAN: Depresi, luarannya nampak normal tetapi mampu jadi 'pembunuh' senyap jika tidak dirawat

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok bertugas di pedalaman, cikgu comel ini tak kisah disengat kala jengking

ARTIKEL BERKAITAN: Guru menangis kerana terlalu menjaga hati pelajar..sampai bila? Ustaz ini kongsi sebab guru sebak