GURU Agama Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rahman Putra, Cikgu Muhammad Shawal Suhaimi berkongsi 13 cara bagi murid diam dan senyap serta terkawal tanpa perlu merotan, menjerit dan marah-marah.

Jom ikuti tip berikut.

1- Minta semua murid berdiri, yang betul-betul janji bila duduk akan diam sahaja boleh duduk.

2- Tepuk tangan dan murid follow, contoh tepuk sekali, tepuk dua kali, tepuk tiga kali.

3- Tunjuk kan satu benda, untuk tarik perhatian, dan wujudkan beberapa soalan tentang benda tersebut.

Contoh: Tunjukkan pen, tanya, ini apa? Apa kegunaannya dan lain-lain.

4- Tawarkan hadiah atau ganjaran. Mungkin duit, gula-gula atau boleh beratur di depan sekali.

5- Buat anugerah harian, pilih murid yang betul-betul bagus dan nobatkan dia sebagai murid cemerlang dan baik akhlak pada hari ini.

6- Bila dalam perhimpunan, murid tengah bising, pergi duduk depan sekali dan diam. Kadang-kadang buat cara macam ni semua murid terdiam, tapi sebelum tu kena bina karakter diri dahulu. Contoh sebelum ni, memang kita jenis yang serius dengan pelajar.

7- Bila murid tengah bising-bising, panggil seorang yang paling bising, letak dia atas pentas di depan sekali dan semua murid melihatnya, dan tanya siapa lagi yang paling bising nak duduk depan ni.

8- Keluarkan telefon, buat-buat rakam lagak mereka semasa mereka tengah bising, kemudian bagi tau, video ni akan dihantarkan pada ibu ayah masing-masing.

9- Buat arahan-arahan simple. Contoh: angkat tangan kanan, turun tangan kanan, angkat tangan kiri, turun tangan kiri, angkat kedua-dua tangan, turun kedua-dua tangan dan begitu lah seterusnya.

10- Minta angkat kedua-dua tangan, murid-murid hanya boleh turunkan tangan selepas semuanya diam.

11- Tepuk meja/atau boleh gunakan loceng atau apa-apa bahan yang boleh keluarkan bunyi dan murid akan terkejut serta terdiam buat seketika.

12- Sebut beberapa orang murid sebagai penarik perhatian untuk murid lain supaya diam dan ingin tahu kenapa guru sebut nama tersebut. Kemudian boleh tanya beberapa soalan yang berkaitan.

13- Alih perhatian murid dengan meminta murid pandang ke dinding/ binatang seperti burung sekiranya ada atau apa-apa objek, paling tidak pun minta murid pandang ke dinding untuk beberapa ketika.

**********

Bila semua murid diam dan berada dalam keadaan yang teratur, bersedia, tenang, barulah apa-apa sahaja pesanan kita atau pembelajaran kita dalam kelas sekali pun senang dipelajari, difahami dan di hadam.

Sumber: Facebook Muhammad Shawal Suhaimi

Tip Menarik:

Mahu murid menjadi lebih kreatif...ini ada 17 tip untuk guru-guru jadikan panduan

Gagal kuasai subjek Matematik...rupa-rupanya ini faktor sebenar pelajar lemah dan corot subjek itu

Tip skor A Fizik SPM - Cikgu Noorlaili Suriati kongsi rahsianya

Jangan lakukan 11 perkara ini pada anak - Ikuti perkongsian Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak

Guru boleh cuba enam tip ini untuk elak pembentangan pelajar hambar