Penghasilan produk-produk inovasi sama ada untuk menyertai pertandingan inovasi ataupun ingin dikomersilkan produk tersebut memerlukan satu kaedah atau metode yang sesuai supaya penghasilan sesuatu produk itu mempunyai tawaran nilai yang hebat atau value preposition.

 Ini adalah kerana penghasilan produk yang baik adalah produk tersebut mempunyai nilai komersil untuk sesuatu jangka masa sekurang-kurangnya mampu bertahan selama tiga tahun.

Guru Cemerlang Hifz Al-Quran yang juga jawatankuasa Pasukan Inovasi KIHS, SMKA Kedah, Alor Setar, Kedah, Ustaz Ismail Salleh berkongsi satu teknik yang boleh digunakan oleh guru-guru dan para inventor hebat dalam menghasilkan sesuatu produk  yang bermanfaat untuk komuniti dan negara.

Apakah itu Teknik SCAMPER?

Teknik SCAMPER diperkenalkan oleh Alex Osborne seorang pelopor dalam kretiviti pada tahun 1953. Kemudian teknik ini dikembangkan oleh Bob Eberle pada tahun 1974 dalam bukunya SCAMPER: Games for Imagination Development. Secara tidak langsung teknik ini membantu minda kita untuk berfikir secara kritis dan inovatif dalam mencipta sesuatu produk inovasi.Teknik SCAMPER merupakan akronim dari Substitute, Combine, Adapt, Modify, Put Another Use, Eliminate, dan Reverse.

1.    Subsitute, iaitu setiap produk yang dihasilkan bercirikan atau bersifat menggantikan produk atau berkhidmatan yang lain. Setiap inventor perlu bertanya adakah produk yang dihasilkan bersifat tersebut?. Contohnya penghasilan gula stevia dalam minuman sekarang boleh menggantikan penggunaan gula pasir dipasaran. Selain itu Produk pen plastik digantikan pen yang menggunakan stainless steel pen, penghasilan seterika elektrik dapat menggantikan seterika arang, telefon dirumah digantikan dengan telefon pintar dan sebagainya.

2.    Combine/ unite , iaitu setiap produk inovasi perlu menggabungkan atau mengkobinasikan satu atau lebih produk,  atau sesuatu perkhidmatan. Contohnya,  penggunaan kamera dan telefon pintar dapat disatukan fungsinya dalam satu telefon, syarikat perbankan yang dahulunya hanya mempunyai mesin ATM yang hanya berfungsi untuk pengeluaran wang, tetapi sekarang sudah digabungkan CDM dalam satu mesin untuk mendepositkan wang.

3.    Adapt,re-shape/tuneup iaitu  mengadaptasi produk sedia ada atau mengubah sebahagian karekteristik sesuatu produk   kepada sesuatu yang baru. Contohnya   penciptaan  facebook hanya untuk laptop dan destop tetapi sudah diadaptasi kepada telefon pintar dan jika kita membeli macbook maka sudah dilengkapi dengan sotware Microsoft office.

4.    Modify/Magnify iaitu memodifikasikan  penciptaan produk sedia ada kepada produk yang lebih maju. Contohnya perciptaan meja solek yang boleh dimodifikasi kepada katil dan meja studi, penciptaan kereta yang hanya boleh bergerak didaratan kepada kereta terbang yang boleh terbang diudara, menggunakan kata kunci lock  telefon pintar  kepada fingerprint dan sebagainya.

5.    Put to another use/ expand, iaitu setiap produk yang dihasilkan dapat digunakan dipelbagai peringkat pasaran perkhidmatan. Contohnya sisa buangan direstoran dapat dikompos menjadi baja tanaman,fungsi jam tangan hanya untuk menentukan waktu kepada jam tangan yang mengandungi fungsi mengira denyutan jantung, mengira jarak atau kelajuan semasa berjoging,

6.    Eliminate/simplify/minimize, iaitu berfokos kepada penghapusan sebahagian komponen produk tanpa mengurangkan kualiti produk. Contohnya telefon bimbit yang dahulu yang mempunyai antena sudah dibuang dan  antenna dibuilt in didalam telefon pintar sekarang.

7.    Reverse/ rearrange/change layout iaitu proses melakukan perubahan atau penyusunan semula  kepada komponen asal supaya memberi nilai tambah kepada sesuatu produk.Contohnya  syarikat  Apple telah memperkenalkan wireless charging dalam keluaran Iphone 11.Selain itu syarikat mc Donalds melakukan perubahan dengan membayar dahulu sebelum makan di restorannya.

Kesimpulannya:

Bahagian inovasi pemasaran dan RND dalam sesuatu syarikat tertentu perlulah sentiasa membuat inovasi dan kajian produk supaya ia dapat memenuhi kepuasan dan kehendak pelanggan semasa. Contohnya syarikat telefon pintar seperti Samsung dan iphone sentiasa berusaha membuat penyelidikan supaya produk mereka diterima dan memenuhi citarasa pengguna telefon pintar semasa.

Selain itu pengembangan produk juga penting dalam usaha bersaing dengan produk-produk keluaran syarikat telefon pintar yang lain. Beberapa perusahaan produk tertentu  akan tumbang sekiranya setiap produk yang mereka keluarkan tidak melakukan inovasi seperti syarikat Nokia yang dahulunya gah tetapi hilang taringnya apabila android diperkenalkan.