SEKARANG dah nak cuti sekolah. Ada sekolah akan buat hari orientasi awal dan ada yang akan buat hujung tahun. Selalunya hari orientasi ini dibuat untuk anak prasekolah, tahun satu dan juga tingkatan satu.

Sebagai guru, saya ada membaca pelbagai ketidakpuasan hati mak ayah tentang program di sekolah, lebih-lebih lagi program yang menuntut bayaran.

Jadi kita mungkin boleh ubah keadaan sekarang jika mak ayah ikut tip di bawah.

1) Pastikan mak ayah hadir di hari orientasi

Hadir dan duduk di tempat yang disediakan hingga majlis tamat.

Bukan ada yang merokok di luar dewan

Ada yang makan di kantin

Ada yang berborak sesama sendiri.

Jika boleh, tinggallah anak kecil anda di rumah atuk atau nenek sebab nak elak bising.

Mak ayah kena 100 peratus beri tumpuan dan terlibat dalam hari orientasi ini.

2) Baca semua dokumen yang diberikan dan fahamkan

Baca sekarang, bukan baca masa dah sampai ke rumah atau lipat tak baca langsung.

Bila baca, ada yang tak faham, nanti boleh terus bertanya.

Jangan tunggu kat rumah nak baca, nanti susah pula nak tanya.

3) Utarakan soalan jika tak faham

Utarakan masalah jika ada yang tak kena.

Utarakan pendapat dan jangan malu tak kira anda kerja apa pun.

Sebab kita hantar anak ke sekolah,

Bukan hantar anak untuk main bola saja

Jadi ambil berat apa yang akan berlaku pada anak-anak kita.

4) Apa nak ditanya??

- takwim atau perancangan aktiviti sepanjang tahun

- perancangan aktiviti yang perlu bayaran.

(Jika pihak sekolah tak sediakan, kena berkeras minta pihak sekolah adakan sebab takwim dan perancangan kewangan harus dimaklumkan awal pada ibu bapa supaya ibu bapa boleh merancang kewangan mereka)

5) Kemudian, bila dah dapat takwim dan perancangan kewangan yang perlukan bayaran macam baju konvo dan sebagainya....

Fikirlah semula sama ada kita mampu bayar atau tak.

Sanggup bayar atau tak.

Jika tak mampu dan tak dapat bayar, jumpa guru dan berbincang.

Mungkin boleh bayar sikit-sikit setiap bulan.

Atau pihak sekolah ada badan kebajikan yang boleh bantu murid susah.

Jika tak boleh juga, sebaiknya kita berusaha bertukar ke sekolah lain yang tak perlu apa-apa bayaran dan hanya ada basic belajar di kelas.

Ya...susah sikit nak kena berusaha cari sekolah macam tu dan berbincang dengan guru, tapi lebih baik kita susah awal-awal untuk pastikan kita puas hati dengan pentadbiran yang dijalankan di sekolah anak-anak kita.

6) Jika didapati pihak sekolah tak boleh beri takwim dan perancangan kewangan untuk sebarang bayaran, sebaiknya carilah sekolah lain sebab sekolah tersebut nampaknya memang tak merancang dengan baik

Tak kan kita nak hantar anak ke sekolah yang tak merancang apa-apakan ?

Ini yang kita mampu buat.

Last but not least, sebagai ibu bapa anda berhak meminta pihak sekolah kekal mengikut perancangan yang dibuat khususnya program yang melibatkan kewangan.

Pihak sekolah tidak boleh sesuka hati menambah aktiviti lain yang tak ada dalam perancangan awal kerana ini mungkin akan menyulitkan ibu bapa untuk buat bayaran.

 

Jadi...gunakan suara anda sebagai ibu bapa di hari orientasi tersebut dan dengarlah dengan sebaiknya.

Jangan bila sampai hujung tahun, kita mula mempertikaikan hal yang sepatutnya kita cakap sedari awal lagi.

Semoga kita dapat mengubah sesuatu yang boleh kita ubah.

Sumber: Facebook Move On Reyna Ibrahim

Artikel Menarik:

Cikgu boleh buat senaman ringkas untuk elak murid mengantuk...mereka pasti bertenaga selepas itu

Pelajar beri salam, cium tangan pengawal dipuji warganet termasuk menteri

Tip beli baju sekolah anak... khas untuk ibu bapa anak sulung tahun satu 2020