TIGA ciri pelajar idaman yang diinginkan oleh guru-guru di Malaysia.

Apa cirinya? Meh kita tengok...

1) Idam pelajar suka berinteraksi

  • Setiap guru pastinya idam pelajar yang mendengar kata dan suka berinteraksi dengan guru. Bila cikgu tanya, dia jawab dan bila cikgu suruh buat apa-apa perkara, dengan senang hati pelajar lakukan. Ketika pembelajaran, pelajar fokus dan jika ada pandangan dan idea, mereka berkongsi. Bila sesi soal jawab sedang ‘on’, pelajar berlumba-lumba mahu jawab dan berani kemukakan pendapat, jika perlu.

2) Terbuka terima nasihat dan bersedia dibantu apabila berhadapan kesusahan

  • Pelajar sebegini pastinya disukai semua guru. Percayalah.

3) Ciri holistik tambat hati guru

  • Holistik bermaksud pelajar memenuhi kriteria atau standard yang ditetapkan oleh setiap sekolah, misalnya holistik daripada segi Cemerlang Akademik, Bitara Kokurikulum dan Terpuji Sahsiah.
  • Guru cukup menyenangi pelajar yang rajin, mudah beri kerjasama, hulur pertolongan tanpa disuruh, kreatif dan aktif. Ditambah pula dengan keinginan mahu menimba pengetahuan dan pengalaman serta menunjukkan potensi ciri pemimpin yang baik dan bertanggungjawab.

Tip Menarik:

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai

'Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM' - Pesanan Guru Kimia

Cikgu Hailmi kongsi cara bedah jantung lembu di makmal sains sekolah - Teruja nak tengok kaedahnya

Teknik Linosains beri peluang pelajar 'menyanyi' sambil hafal fakta

Teknik MaxRecall - Senang ingat tanpa perlu menghafal