Bila Kita Seorang Guru

Jika murid cemerlang akademiknya...

Itu kerana murid itu bijak

Kerana mak ayahnya ambil tahu

Kerana dihantar tuisyen sini sana

 

Jika murid tak tahu membaca...

Merudum akademiknya...

Semua mula persoal berkat gaji guru

Buat kerja atau duduk saja

Hingga murid tak tahu apa.

 

Jika 100 sudah bijak di bawah didikan kita

Dan seorang tak mencapai piawaian

Maka....hinalah kita kerana yang seorang tak cemerlang

Lupa pada 100 yang sudah kita gilapkan.

 

Ingat...

Sudah lumrah...

Kau berikan hasil yang baik

Cipta nama yang hebat pada sekolah

Maka kau akan dijulang sakan

Kenyang lah makan pujian

 

Tapi sekali kau melawan

Sekali kau merotan

Sekali kau mencubit

Sekali kau menengking...

Hilang sudah sejuta kebaikan

Tenggelam sudah jasa yang pernah kau berikan.

 

Bila kau seorang guru...

Jangan ingat nasibmu bakal terbela sekali kau tersilap

Jangan ingat jasa mu orang ingat sampai bila-bila biarpun kau sudah sanggup tidur bangun berkampung di sekolah.

Jangan ingat kau dipandang hebat biar 1000 murid sudah cemerlang ditanganmu suatu masa

Kerana...

Semua akan di lupa

Sekali kau tersalah.

 

Bila kau seorang guru

Jaga diri sendiri sebaiknya

Jaga kesihatan seadilnya

Buat rajin berpada pada

Didiklah setakat mana terdaya

Jalankan tugas jangan sampai lupakan keluarga

Tunaikan tanggungjawab jangan hingga anak sendiri kita lupa

Kerana...

Kita sahaja yang akan membela diri kita.

Sumber: Facebook Move On Reyna Ibrahim

ARTIKEL MENARIK:

Insiden guru rotan pelajar yang menggelarnya Cikgu Pondan, ini reaksi Dr. Maszlee

‘Dari kecil kita jaga hingga sekolah menengah, suka hati pula cikgu nak merotan’ - Baca dulu

Kes tular pelajar dirotan, bagi aku yang merakam itulah yang paling jahat

Bekas pelajar tampil pertahankan tindakan guru

Rupa-rupanya ini yang Cikgu Jash buat hingga ramai pelajar makin sayang...patutlah