Bermacam usaha dilakukan oleh ibu bapa untuk melihat anak kesayangan pandai membaca.

Hantar tuisyen seawal usia 4 tahun, daftar kelas intensif dan pelbagai lagi alternatif lain, telah dicuba semata-mata mahu anak dapat menguasai ABC seterusnya mampu membaca dengan lancar.

Namun, jika sudah ditakdirkan anak itu ada alasan tertentu, redha adalah jalan terbaik.

Menerusi laman facebook Azura Hashim, yang memuat naik kisah anaknya, Hadif pada 19 Disember 2017 lalu, jelas menggambarkan yang beliau mahu yang terbaik untuk Hadif.

Menjadikan kisah Thomas Edison sebagai rujukan, ibu muda ini yakin yang Hadif akan dapat membaca kelak.

Ikuti perkongsian ibu tabah ini tentang siapa Hadif yang sebenarnya.

 

 

**********

 

 

HADIF THE EDISON

Kisah Hadif yang special, darjah satu pun masih belum boleh membaca.

Masuk tadika dari umur 4 tahun. Setiap kali sesi jumpa guru, mesti dapat komplen. Jadi setiap tahun saya tukarkan tadika.

Bila masuk darjah satu, Hadif masih tak boleh membaca. Puas kami ajar kat rumah, masih tak berjaya. Akhirnya kami hantar ke kelas intensif. Sampai peringkat dia tak nak pergi sebab katanya cikgu yang mengajar garang.

Tempoh hari baru Hadif buka cerita.

Masa dulu cikgu tak suka Hadif sebab Hadif tak pandai ABC. Jadi kawan pun tak nak friend dengan Hadif. Tapi katanya Hadif tak kisah lah ibu.. (sedih pulak ibu dengar)

Kisah Thomas Edison bila mana sekolah pun tak terima kononnya beliau tak cukup IQ nak belajar. Dan disebabkan ibunya yang sangat positif, Thomas Edison dinobatkan antara insan yang ber IQ luar biasa mencipta lampu.

Saya teringat ceramah Ustazah Norhafizah Musa bilamana anaknya tidak pandai mengaji. Sehingga cikgu sekolah tanya emak kerja apa, tak ajar mengaji kat rumah ke?

Bukan sebab ustazah tak ajar di rumah. Puas ajar dan marah kat rumah, tapi tak masuk- masuk jugak kat otak. Ustazah kata, beliau malu kalau anak tak pandai mengaji. Padahal emak mengajar orang kt tv.

Sehinggalah suatu hari ustazah diilhamkan Allah satu ayat Al Quran. Saya tak catit ayat apa yang ustazah beritahu. Namun antara contohnya adalah surah al-Alaq:

“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Mencipta. Dia mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan pena (mengajar Nabi Idris menulis). Dia yang mengajar manusia apa yang belum diketahui” (ayat 1-5).

Bukan manusia yang mengajar. Manusia tiada daya upaya. Lahaulawalaquwwata Illah Billah. Allah Ya Nur Ya Alim yang membuka hati dan memberi cahaya ilmu.

Dari situ ustazah dah tak garang dengan anaknya yang satu tu. Anak yang lain tiada masalah. Ustazah ajak anaknya berdoa bersama-sama mohon Allah mudahkan proses belajar mengaji.

Alhamdulillah, anak ustazah sekarang sangat cemerlang dalam proses menghafaz Al Quran. Subhanallah.

Sambung balik kisah Hadif.

Rupanya Hadif ada sindrom disleksia menyebabkan Hadif lambat membaca dan susah nak fokus belajar.

Serahkan pada Allah sebab segalanya dengan izinNya.

Jadi apa yang saya buat sekarang ialah minta Hadif sentiasa berzikir.

Allahumma

Ya Nur - Yang Maha Cahaya

Ya Hadi - Yang Maha Membimbing

Ya Haq- Yang Maha benar

 

Ya Alim - Yang Maha Mengetahui

Ya Hakim - Yang Maha Bijaksana

Ya Rashid - Yang Maha Cerdas

 

Mohon Allah masukkan cahaya Ya Nur ke dalam hati Hadif. Mohon Allah Ya Alim alirkan sedikit kebijaksanaanNya menjadikan Hadif insan cemerlang dunia dan akhirat.

Cita- cita Hadif nak jadi youtuber. Ibu pesan untuk jadi youtuber yang berdakwah. Menyebarkan agama Allah dan Nur akhlak Rasulullah. Rahmattan Lil Alamin.

Mohon bantu doakan.

#dyslexia

#asmaulhusna

 

Sumber: Facebook Azura Hashim

Makluman: Artikel ini diterbitkan atas keizinan daripada penulis asal

 

Banyak ilmu Hadif dapat semasa mengikuti program ESQ Kids, baru-baru ini. 

 

Hadif (kanan) bersama kawan baik yang baru iaitu Azhar.