Bukan main seronok anak-anak dapat belajar di tadika pilihan.

Selain dapat ramai kawan baru, anak-anak ini juga tentunya akan menerima pelbagai ilmu daripada guru masing-masing.

Belajar membaca dan mengira sudah menjadi perkara asas..namun masih ada lagi yang mak ayah tidak tahu, apa yang anak-anak kita belajar di tadika.

Ikuti perkongsian Ashikin Hashim menerusi laman facebooknya mengenai topik 'Apa yang anak belajar di tadika?

Jom hadam

 

 

**********

 

 

Apa yang anak belajar di tadika?

 

Bukan setakat ABC

Bukan hanya 123

Bukan cuma Alif Ba Ta

 

Ia lebih dari itu.

Anak belajar menyusun kasut di tempatnya.

Anak belajar menunggu giliran.

Anak belajar tentang masa.

Anak belajar bergaul dengan rakan sebaya.

Anak belajar menghormati orang yang lebih dewasa.

Anak belajar berterima kasih.

Anak belajar menghargai.

Anak belajar menjaga kebersihan.

Anak belajar menyayangi.

Anak belajar mengikut urutan.

Anak belajar menguatkan otot dan sendi.

Anak belajar menyeimbangkan badan.

Anak belajar fokus dan ambil perhatian.

Dan macam-macam lagi.

 

MashaAllah...banyaknya.

 

Membaca dan mengira itu hanya sebahagian sahaja.

 

Ashikin Hashim

Genius Aulad Saujana Utama

 

Sumber: Facebook Ashikin Hashim