Menguasai semua subjek di sekolah bukanlah perkara mudah.

Namun tidak bagi Norzam Azmaney Mohamed Zahari, ibu kepada Neyaz Muhammad Nabihan iaitu murid tahun 2, Sekolah Agama Taman Scientex, Pasir Gudang.

Bagi ibu ini, menguasai subjek cukup senang jika kita ada caranya.

Menurut Norzam Azmaney, dia telah menghasilkan nota ringkas untuk anaknya (nota untuk ulang kaji subjek sekolah agama) memahami dengan lebih cepat, sambil-sambil menggalakkan anak membaca dalam bahasa Arab dan Jawi.

"Saya sebenarnya tiada basic dalam subjek Jawi dan Bahasa Arab, tetapi saya cuba juga buat untuk mudahkan dia.

"Saya lihat, proses mengulang kaji lebih cepat dan hanya perlukan seminggu sahaja untuk cover semua subjek yang di ambil," katanya yang sudah mula menulis nota sejak anaknya tahun 1 lagi.

Nota yang dibuat ibu ini bukan hanya untuk sekolah agama sahaja tetapi beliau turut hasilkan nota untuk sekolah kebangsaan juga.

Beliau juga ada menghasilkan formula ringkas Matematik untuk memudahkan Neyaz Muhammad Nabihan memahami.

Jom ikuti cara ibu ini buat nota ringkas.

Selamat mencuba

 

**********

 

1/4/2019-5/4/2019 (Study week)

Assalamualaikum..

Minggu ni ibu busy sikit.. Abang Neyaz Road To Ujian Pertengahan penggal 1 Sekolah Agama Taman Scientex (8/4/2019-11/4/2019). Time-time macam ni laa dapat kerah Abang Neyaz belajar (ulang kaji). Tiap-tiap hari hanya nak siapkan homework. Belajar (ulang kaji) lebih sikit pun liat.

Dari darjah 1 lagi ibu perkenalkan Abang Neyaz dengan nota-nota ringkas.. Rujukan hanyalah buku teks sekolah agama sahaja.. Ibu minta Abang Neyaz untuk membacakan buku teks kemudian ibu menyalinkannya.. Setelah itu, ibu membuat peta minda or nota ringkasan dan akhir sekali terangkan semula kepada Abang Neyaz.

4 subjek (ibu dapat selesaikan).

Tauhid

- Bab sifat 20 Allah (tulis pada batang aiskrim. 20 sifat dan maknanya sekali)

Sirah

- Bab pengasuh Rasulullah (dari ibu susuan, datuk dan bapa saudaranya)

Ibadat

- Bab air, najis dan lain-lain

Akhlak

- Bab adab tidur dan adab makan dan minum.

Sumber: Facebook Neyzal Familys