RADAR negara pada minggu lalu agak menggegarkan.

Penangan kehilangan misteri Ustazah Nur Farhana Ibrahim telah menenggelamkan cerita semasa lain.

Kisah seorang guru berusia 27 tahun itu rumit.

Ramai mengandaikan pendidik itu 'memberontak' gara-gara masalah rumah tangga.

Ternyata, telahan itu meleset.

Kepada pihak berkuasa selepas beliau ditemui, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Genting, Balik Pulau Pinang itu memberitahu, beliau hanya ingat yang dirinya banyak berjalan kaki, menumpang di surau.

Beliau juga mendakwa hanya menjamah roti dan sebotol air mineral.

Kata-kata yang terpacul daripada mulutnya penuh tanda tanya.

Ini ceritanya kepada pihak polis ketika ditemui https://www.gpsbestari.com/berita/saya-hanya-ingat-banyak-jalan-kaki-tidur-kat-surau-dan-makan-roti-ustazah-nur-farhana-1.920966

Sebelum itu, suaminya ketika diwawancara media mengesahkan, Nur Farhana pernah menerima rawatan kemurungan pada tahun 2014.

Itu semua gara-gara terpaksa berulang-alik dari Langgar ke Balik Pulau untuk mengajar di sekolah itu setiap hari.

Jarak kedua-dua hala kira-kira 200 kilometer.

Ini berita penuh kejadian yang berlaku sehari sebelum kehilangan beliau https://www.gpsbestari.com/mobile/berita/pulau-pinang/dia-menangis-ketika-tidurkan-anak-kami-suami-cikgu farhana-yang-masih-hilang-buka-cerita-1.920915

Wanita itu turut diuar-uarkan sudah banyak kali memohon untuk berpindah ke Kedah agar dekat dengan keluarganya.

Namun, permohonannya tidak bernoktah.

Desir hatinya tidak dipedulikan.

Apabila bahagia tidak menyapa, maka, bahanalah jadinya.

Barangkali kerana terlalu banyak mencuba, usahanya untuk menambat perasaan sabar sudah tidak tegar lagi.

Akhirnya, Nur Farhana sendiri tidak mampu mencegah dirinya daripada berbuat sesuatu yang 'luar biasa' di luar kawalannya.

Natijahnya, 'guru duka lara' itu menjadi tajuk utama media.

Berhari-hari namanya menjadi sebutan.

Ramai kasihani ibu kepada seorang anak perempuan itu.

Semoga beliau dapat bertukar ke sekolah yang sesuai setelah banyak pihak yang sedia membantu
https://www.gpsbestari.com/mobile/berita/kedah/kami-akan-bantu-ustazah-nur-farhana-letakkan-di-sekolah-sesuai-dengan-beliau-1.921028

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.921151.1548219196!/image/image.jpg

Sokongan orang terdekat sangat penting dalam menangani kemurungan.


Definisi murung

Bercakap soal kemurungan, apakah definisi kemurungan?

Adakah murung seerti dengan tekanan?

Menjawab kekeliruan itu, Pakar Perunding Psikiatri & Psikologi, Unit Perubatan Neuro Behavior, Kedah Medical Centre, Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud memberi jawapan.

Menurut Wan Mohd Rushidi, dalam kehidupan seharian, adalah normal manusia kadangkala berasa tidak ceria, sedih, sugul atau kurang bersemangat.

Mungkin ia disebabkan kecewa tidak memperoleh apa yang dimahukan, kehilangan sesuatu atau ditinggalkan kekasih.

"Namun, itu bukan kemurungan, ia hanya kesedihan biasa yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja," katanya.


Kata beliau, kesan buruk yang paling ditakuti adalah individu yang murung berkecenderungan memilih untuk membunuh diri!


Berdasarkan rekod, hampir 800,000 penduduk dunia membunuh diri setiap tahun (1 bagi setiap 40 saat)!

Melabelkan seseorang yang bersarang dengan perasaan murung, berikut adalah ciri-ciri seperti yang diperincikan oleh Dr Wan Mohd Rushidi:

1. Kesedihan seseorang mestilah bersifat berpanjangan (lebih daripada 2 minggu).

2. Kesedihannya bersesuaian atau berpadanan dengan punca kesedihan.

3. Kesedihan yang dialami tidak sekadar memberi reaksi biasa.

4. Kesedihan yang dialami hingga menyebabkan gangguan kepada fungsi sosial harian, rumah tangga, pekerjaan, pengajian dan lain-lain. 

Kenali simptom kemurungan

2 simptom yang paling utama adalah:

- Kesedihan yang nyata

- Hilang minat dalam melakukan apa sahaja

Simptom lain termasuk:

Perasaan

1. Rasa kecewa

2. Rasa bersalah

3. Mudah marah

4. Mudah melenting atau naik angin

5. Hilang keyakinan diri

6. Tidak gembira atau ceria - serabut

7. Ragu-ragu untuk membuat keputusan

Fizikal

1. Mudah letih

2. Lesu dan tidak bermaya

3. Kerap sakit kepala

4. Kerap sakit dan kembung perut

5. Kerap sakit-sakit badan dan sendi

6. Gangguan tidur (bangun sangat awal atau susah untuk tidur)

7. Hilang selera hinggasusut berat badan

Fikiran

1. Hilang fokus dan tumpuan

2. Mudah lupa

3. Selalu berkata pada diri:  

- 'Aku orang yang gagal'

- 'Hidupku sudah tak bermakna'

- 'Mereka tentu lebih suka kalau aku tidak ada'

- 'Aku hanya menjadi beban kepada semua'

- 'Aku tidak berguna'

- 'Semua salah aku'

- 'Tidak ada apa yang baik pernah berlaku dalam hidup aku'

Tingkah laku

1. Kemerosotan prestasi kerja atau pelajaran

2. Ponteng sekolah atau kerja

3. Kerap mengambil cuti sakit

4. Enggan keluar rumah - mengurung diri

5. Lebih selesa bersendirian

6. Menjauhkan diri daripada ahli keluarga, kawan-kawan dan orang ramai

7. Berhenti daripada melakukan aktiviti yang menggembirakan

8. Mengambil alkohol atau dadah

Ujar pakar tersebut lagi, kemurungan atau depresi tempiasnya boleh berjangkit kepada pasangannya, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya.

"Malangnya, kebanyakan kita tidak mahu mengakui dan lebih rela menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

"Kita malu untuk bercakap apatah lagi tampil ke hadapan untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Laporan guru hilang dikaitkan dengan kemurungan.

Cenderung bunuh diri

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi statistik pada 2015 mendapati, 322 juta penduduk dunia mengalami kemurungan.

Angka itu meningkat hampir 18.4 peratus berbanding tahun 2005.

Statistik Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan pada tahun sama pula mendapati, kira-kira satu per tiga penduduk di Malaysia mengalami penyakit kemurungan seumur hidup.

Statistik juga mencatatkan peningkatan sebanyak 29.2 peratus atau 4.2 juta rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental berbanding 2006 yang hanya mencatatkan 11.2 peratus

Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara pada Ogos tahun lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mendedahkan, dapatan sebuah kajian pada tahun lalu bahawa terdapat 4.4 peratus daripada 48,258 responden yang terdiri daripada guru mengalami stres tahap sederhana tinggi.

Perbahasannya mudah, kemurungan telah menjadi punca utama kehilangan upaya di seluruh dunia!

Kemurungan kini merupakan punca utama kehilangan upaya di seluruh dunia dengan wanita melebihi lelaki.

Prevalen kemurungan juga lebih tinggi dalam kalangan warga emas, mereka yang dirawat di hospital atau mempunyai penyakit kronik seperti angin ahmar, kanser, sakit jantung dan parkinson.

"Kemurungan merupakan gangguan jiwa paling kerap didapati dalam kalangan pesakit yang mendapat rawatan daripada doktor di klinik kesihatan sama ada swasta mahupun kerajaan.

"Malangnya 80 peratus daripada mereka tidak dikesan dan hanya 20 peratus berjaya didiagnosa mendapat rawatan yang sewajarnya," ujar Dr Wan Mohd Rushidi.

Kesan buruk yang paling ditakuti adalah individu yang murung berkecenderungan memilih untuk membunuh diri!

Berdasarkan rekod, hampir 800,000 penduduk dunia membunuh diri setiap tahun (1 bagi setiap 40 saat).

"Daripada situasi itu, kaitan antara kemurungan dan bunuh diri amat jelas," katanya.

Menurutnya, kadar bunuh diri dalam kalangan orang yang mengalami kemurungan dianggarkan antara dua hingga sembilan peratus.

Punca murung

Secara amnya, Dr Wan Mohd Rushidi berkata, punca kemurungan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu biologi, psikologi dan sosial.

Hayati justifikasi kes berikut:

1. Kajian yang melibatkan kembar seiras dan anak angkat menunjukkan bahawa faktor genetik mempengaruhi kadar terjadinya kemurungan dalam kalangan ahli keluarga yang terdekat.

2. Perubahan hormon (terutama estrogen dan progesteron) yang drastik terutama wanita mengandung dan melahirkan anak didapati ada hubung kait dengan peningkatan kadar kemurungan pada waktu tersebut. Begitu juga ketika haid dan menopause. Hormon kortisol turut dikaitkan dengan kemurungan namun penglibatannya melibatkan kedua-dua jantina.

3. Kemurungan juga dikatakan lebih mudah berlaku dalam kalangan mereka yang mudah mengalah dan kurang keyakinan diri. Individu yang kurang kecerdasan emosi dan kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang menimpa diri atau keluarga akan lebih mudah terjerumus dalam lembah kemurungan.

4. Sokongan sosial adalah komponen penting dalam kehidupan. Mereka yang mempunyai sokongan yang mantap terutama ahli keluarga dan orang yang tersayang lebih mudah menghadapi apa sahaja bencana yang menimpa. Jadi tidak hairanlah kalau kadar kemurungan lebih tinggi dalam kalangan individu yang tidak berkahwin, kehilangan pasangan atau tidak mempunyai orang yang boleh membantu ketika diperlukan.