KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyediakan Garis Panduan Infrastruktur Standard bagi membolehkan pihak sekolah

melaksanakan penilaian kendiri mengenai keadaan infrastruktur.

Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Mohd Gazali Abas berkata, maklumat tersebut  akan ditentusahkan oleh juruteknik KPM dan JKR dengan cara pemeriksaan ke sekolah untuk tindakan naik taraf dan pembaikan infrastruktur sekolah.

"Bermula tahun lalu, penentuan sekolah daif adalah melalui sistem skala satu hingga tujuh," katanya.

Menurut beliau, Skala 7 ialah bangunan yang keadaan fizikal, komponen, fasiliti atau bangunan yang tidak sempurna, tidak berfungsi dan tidak selamat digunakan sehingga boleh mendatangkan bahaya manaka Skala 1 dikategorikan sebagai selesa digunakan.

"Sudah menjadi tanggungjawab KPM untuk menyediakan infrastruktur dan fasiliti pendidikan yag kondusif.

"Memandangkan terdapat sekolah dan kemudahan sekolah di bawah KPM yang berstatus tidak selamat, tidak  sempurna atau tidak berfungsi, maka KPM telah melaksanakan program naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara," katanya.

Menurut beliau, sehingga kini KPM telah diperuntukkan secara khusus sebanyak RM1.98 bilion bagi menjayakan program tersebut melibatkan 633 buah sekolah.

Punca

Punca utama bangunan sekolah menjadi daif adalah disebabkan faktor usia bangunan.

Berdasarkan statistik KPM, sebanyak 5,635 buah sekolah di negara ini berusia 50 hingga 99 tahun manakala 701 buah sekolah pula berusia 100 tahun atau lebih.

Dr Mohd Gazali berkata, faktor lain yang turut menyumbang kepada bangunan sekolah menjadi daif termasuk faktor bahan yang digunakan pada ketika dahulu.

"Ada sekolah yang pada awalnya dibina daripada kayu menyebabkan ia  mudah rosak akibat faktor usia, cuaca dan serangan anai-anai.

"Ada juga disebabkan bencana alam apabila sekolah dibina berhampiran sungai, pantai dan di kawasan rendah yang mana lokasi itu menjadi kawasan banjir pada ketika ini," katanya.

Daripada jumlah keseluruhan sekolah daif di negara ini, sebanyak 1,290 buah  sekolah dikenal pasti mempunyai bangunan daid pada skala 7 dan 6.

Dr Mohd Gazali berkata, sebanyak 1,141 sekolah berada di skala 6 dan 149  lagi di skala 7.

"Sehingga 19 November lalu sejumlah  633 sekolah telah dan sedang dinaik taraf dengan peruntukan RM1.98 bilion. 

Daripada jumlah itu, 464 projek telah siap sepenuhnya dan 169 lagi dalam pelaksaan," katanya.

Tambah beliau, pada tahun hadapan sebanyak 89 projek baharu diluluskan di  bawah peruntukan pembangunan, iaitu 22 sekolah di Semenanjung dan 67 buah sekolah di Sabah. 

Cabaran

Walaupun mempunyai peruntukan khusus untuk membaik pulih sekolah daif namun pihak KPM berhadapan beberapa cabaran terutamanya kemampuan kewangan pada fasa sebelum pelaksanaan.

Dr Mohd Gazali berkata, keperluan skop kerja semasa yang lebih luas  memerlukan pelaburan lebih besar.

"Jumlah keperluan untuk menyiapkan keseluruhan sekolah daif perlu diberi keutamaan dianggarkan RM3 hingga RM4 bilion bagi tempoh tiga tahun.

"Tetapi, anggaran keperluan peruntukan ini adalah tertakluk kepada  skop, lokasi dan kaedah pelaksanaan projek sama ada secara IBS ataupun konvensional," katanya.

Kata beliau, cabaran lain adalah untuk mendapatkan kontraktor yang baik.

"Pemilihan dan pelantikan kontraktor berwibawa dan berkemampuan adalah amat penting bagi menjamin pelaksanaan projek mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan," kata beliau.

Sementara cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan pula adalah  kedudukan sekolah di pedalaman menyukarkan pelaksaaan dan pemantauan, pengaruh luar kawalan seperti cuaca serta perubahan dan peningkatan kos projek disebabkan oleh faktor lokaliti dan keadaan muka bumi tapak projek.

Berikutan kos naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di  seluruh negara perlu dilakukan setiap tahun dan jumlah peruntukan tidak dapat menampung keseluruhan keperluan penyelenggaraan semua sekolah dan institusi pendidikan yang tinggi KPM mewujudkan Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan Sekolah

Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (Akaun Amanah Tabung Penyelenggaraan).

"Tabung ini beri peluang bekas pelajar dan industri memberi sumbangan  membantu melengkapkan fasiliti sekolah bagi memastikan pelajar dapat menimba ilmu dengan selesa," katanya.

SISTEM skala penentuan bangunan sekolah daif

1. Skala 7 - (Keselamatan) Keadaan fizikal komponen/ fasiliti/bangunan yang tidak sempurna, tidak berfungsi dan tidak selamat digunakan yang boleh mendatangkan ancaman/bahaya berbentuk kecederaan/kecelakaan atau kehilangan nyawa manusia atau hidupan yang telah mendapat pengesahan tidak selamat dan mengancam nyawa daripada JKR.

2. Skala 6 - (Keselamatan) Keadaan fizikal komponen/ fasiliti/bangunan yang tidak sempurna, tidak berfungsi dan tidak selamat digunakan yang boleh mendatangkan ancaman/bahaya berbentuk kecederaan/kecelakaan atau kehilangan nyawa manusia atau hidupan yang telah mendapat pengesahan daripada juruteknik yang berada di JPN atau PPD.

3. Skala 5 - (Keselamatan) Keadaan fizikal komponen/ fasiliti/bangunan yang tidak sempurna, tidak berfungsi dan tidak selamat digunakan yang boleh mendatangkan ancaman/bahaya berbentuk kecederaan/kecelakaan atau kehilangan nyawa manusia atau hidupan berdasarkan persepsi pengguna semasa (sekolah).

4. Skala 4 - (Sekuriti) Keadaan fizikal komponen/ fasiliti/bangunan yang tidak sempurna, masih selamat, tidak berfungsi serta boleh mendatangkan gangguan/
ancaman/bahaya terhadap sekuriti manusia, hidupan, harta benda dan alam sekitar berdasarkan persepsi pengguna semasa (sekolah).

5. Skala 3 - (Kefungsian) Keadaan fizikal komponen/ fasiliti/bangunan yang kurang sempurna, masih selamat tetapi tidak berfungsi mengikut tujuan penggunaan berdasarkan persepsi pengguna semasa (sekolah).

6. Skala 2 - (Tidak Selesa) Keadaan fizikal komponen/ fasiliti/bangunan yang berfungsi

Artikel Menarik:

'Perlu jaga imej' - Guru ini kongsi empat elemen imej yang perlu ada pada pendidik

'Tidak layak ke sekolah berasrama penuh, bukan gelap masa depan' - Penulis ini kongsi pengalaman

Anak dapat tawaran SBP...kepuasan mak ayah atau kehendak anak?