Pengoperasian institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bermula pada 20 Januari ini mengikut kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

GPS Bestari senaraikan kategori institusi yang berkaitan berdasarkan rumusan yang telah dibuat oleh KPM.

Semoga dengan ringkasan ini, dapat menjadi panduan kepada semua warga pendidik, ibu bapa dan murid-murid dalam membuat persiapan sewajarnya bagi sesi persekolahan 2021.

Terdahulu, Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Enam negeri yang terlibat antaranya Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Manakala enam negeri yang terlibat PKP Bersyarat (PKPB) ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Seterusnya, dua lagi negeri iaitu Perlis dan Sarawak terlibat pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).

Artikel menarik

10 aktiviti akademik boleh cuba sepanjang PKP, PKPB dan PKPP, anak-anak pasti suka

4 faktor kejayaan pembelajaran teradun yang guru-guru boleh aplikasikan masa kini