Minggu ini dan minggu akan datang merupakan s esi persekolahan murid-murid secara berperingkat.

Bila sekolah dibuka, sudah tentu individu yang paling sibuk adalah kalangan ibu bapa.

Dalam kesibukan dan kekalutan itu, mak ayah disarankan tidak mengabaikan sarapan pagi anak-anak.

Ini kerana, permulaan hari yang sihat bermula daripada sarapan pagi yang lengkap dan berkhasiat.

Menerusi laman facebook Nutritionistkkm, ada disenaraikan tujuh kepentingan sarapan pagi.

Kepentingan tersebut ialah:

1) Menggalas perut waktu pagi

2) Memberi tenaga sepanjang hari

3) Membekalkan nutrient yang diperlukan oleh tubuh

4) Memastikan metabolisme badan dalam tahap optimum

5) Mengelakkan pengambilan makanan lebih banyak daripada biasa

6) Membantu pembelajaran sepanjang hari

7) Mengeratkan hubungan antara keluarga

Dengan perkongsian penting ini, diharapkan ia dapat membuka minda semua bahawa sarapan pagi itu sangat penting untuk diambil.

Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah kerana sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Terdahulu, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan sesi persekolahan bagi murid prasekolah, murid Tahun Satu dan Tahun Dua bermula pada 1 Mac lalu.

Sesi persekolahan murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam pula bermula 8 Mac.

Bagi pelajar sekolah menengah sesi persekolahan akan bermula pada 4 dan 5 April depan.

Artikel menarik

Ibu bapa perlu lakukan 5 perkara ini untuk bantu anak-anak kembali ke sekolah

Elakkan baju sekolah bertukar kusam, ikuti lapan langkah berikut