Setiap mak ayah mahu beri yang terbaik pada anak-anak.

Tak kisahlah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum..mereka akan berusaha melakukan apa sahaja asalkan anak kekal cemerlang.

Begitu juga dengan kelas Dual-Language Programme (DLP).

Mak ayah yang menyedari anak-anak mereka mampu berada di kelas DLP, mereka berusaha sebaik mungkin agar anak dapat belajar di kelas tersebut.

Namun, bagi anak-anak yang kurang fasih berbahasa Inggeris..kelas DLP mungkin tidak sesuai untuk anak-anak ini.

Apa sebenarnya kelas DLP? Mengapa mak ayah berlumba-lumba nak masukkan anak mereka ke kelas tersebut sedangkan si anak tidak mampu untuk bersaing dengan murid dari kelas DLP berkenaan.

Jom kita hadam perkongsian yang cuba disampaikan oleh Cikgu Mohd Fadli melalui akaun facebooknya.

 

**

Semasa merasmikan Grand Ihtifal Little Caliphs Kindergarten tengah hari tadi, aku berkongsi tips dengan ibu bapa yang mana anak mereka bakal naik ke darjah 1 tahun depan.

Perkongsian tentang kelas DLP memang sangat dinantikan oleh ibu bapa. Ramai yang pm bertanya aku, elok ke tak kelas DLP ni untuk anak-anak mereka.

Begini tuan puan.

Kelas DLP (Dual Language Programme) merupakan program yang memberi pilihan kepada murid-murid belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Bermula 2018, kelas DLP hanya dibuka untuk murid tahun 1 dan tingkatan 1 sahaja. Sebelum 2018, kelas DLP dibuka juga untuk tahun 4 dan tingkatan 4.

Jadi, jika anak-anak kalian memang fasih berbahasa Inggeris, di rumah pula sering speaking, sangat sesuai jika masukkan anak dalam kelas DLP. Bahasa Inggeris mereka akan lebih baik dan dapat ditingkatkan bila masuk kelas DLP.

NAMUN...

Ada segelintir ibu bapa menyesal memasukkan anak ke kelas DLP. Kenapa mereka menyesal?

Kerana mereka terikut-ikut dengan orang lain. Kerana mereka anggap kelas DLP ialah kelas elit. Kerana mereka nak anak mereka di kelas elit kononnya.

Bila anak mereka masuk, anak mereka tak dapat ikuti dengan baik.

Markah Matematik dan Sains merudum teruk. Mereka sangka, belajar Matematik sekadar angka. Sedangkan silibus Matematik bukan sekadar soalan ‘one plus two equal three’. Matematik bukan sekadar nombor dan simbol sahaja.

Matematik sangat banyak soalan penyelesaian masalah berbentuk ayat. Alangkan dalam Bahasa Malaysia pun masih ramai murid tidak faham kehendak soalan, inikan pula dalam English dan basic English anak mereka lemah.

Lebih merisaukan ibu bapa, sebaik anak masuk kelas DLP, memang tidak dibenarkan menarik diri. Kena habiskan dari darjah 1 hingga darjah 6 dalam kelas DLP juga.

Malah jika berpindah sekolah, wajib mencari sekolah yang menawarkan program DLP juga. Tidak semua sekolah tawarkan program ini.

Jadi, jangan ikut orang. Jangan memaksa anak-anak. Kita sebagai ibu bapa kena tahu potensi dan kebolehan anak-anak.

Jika mereka bagus English, boleh pilih kelas DLP kerana pengajaran Matematik dan Sains diajar sepenuhnya dalam English.

Jika tidak, masuk saja kelas biasa. Silibus dan sukatan antara kelas biasa dan DLP 100% sama. Yang beza cuma bahasa pengantar sahaja.

Sila fahami dan hadami elok-elok ya. Hak anda untuk memilih mewakili anak-anak ni. Jadi buatlah pilihan yang terbaik.

#MFS

- Berkongsi ilmu -

 

SUMBER: Facebook Mohd Fadli Salleh