KEGHAIRAHAN mencipta nama di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi yang berbeza.

Nak jadi yang pertama, nak jadi yang paling lantang bersuara. Dari satu segi, mungkin ada kebaikannya. Sebar kebaikan, sebar inspirasi. Mungkin juga.

Namun tanpa sedar, dari sisi lain, keghairahan tersebut boleh mencipta banyak ruang untuk kita ‘tergelincir’ daripada landasan yang sebenar.

Perkara ‘ikhlas’, tapi sibuk dicanang.

Hajat mahu berkongsi, tapi tanpa sedar kita sendiri jadi tukang siber buli. Maka tak hairan jika kita lihat, ramai yang sewenangnya menggunakan media sosial secara keterlaluan sampai tahap hilang harga diri, hanya demi mencipta sebuah kemahsyuran.

Rasa darjat lebih tinggi, jika lebih banyak Likes dan Followers, patutlah kita hindari.

Media sosial itu sudah tentu tidak salah tetapi cara guna yang bagaimana boleh menentukan ke mana haluan kita nak bawa destinasi kita. Oleh itu, jom kita klik dengan bijak!

Norhailmi Abdul Mutalib

Guru Adiwira PAK21 SMK Jerlun, Kedah.

Artikel menarik:

SMK Khir Johari johan FiTA Wave Short Film Awards 2019, SMK Seksyen 18 filem pilihan popular

Mak ayah perlu buat ini jika mahu anak mereka skor A Matematik UPSR

Pasukan debat Sekolah Seri Puteri wakili negara ke pentas dunia