GURU Pendidikan Awal Kanak-kanak yang juga seorang pengetua tadika, Ashikin Hashim berkongsi 11 perkara yang tidak patut ibu bapa lakukan kepada anak.

Menerusi perkongsian tersebut, diharapkan ia dapat memberi sedikit sebanyak panduan buat ibu bapa di luar sana. Sebarkan, moga bermanfaat.

**********

1) Tidak patut memaki dan memarahi anak dengan kata-kata yang kesat kerana ia satu doa. Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik.

2) Tidak patut memukul seorang anak itu jika dia berusia 10 tahun ke bawah - saya mengambil inti pati hadith solat. Baginda hanya menyatakan boleh dipukul anak itu jika tidak solat pada usia 10 tahun. Itu pun kerana solat. Apa yang lebih hebat dari solat?

3) Tidak patut membandingkan anak kita dengan anak yang lain atau dengan anak orang lain. Sudah tentu potensi anak kita berlainan dengan anak orang lain.

4) Tidak patut kita mengabaikan anak kita sewaktu kita berada dekat dengannya seperti hanya menumpukan kepada telefon dan kerja sedangkan anak berada di sebelah kita. Seharusnya kita banyakkan berbual dan bergurau dengan anak pada waktu itu.

5) Tidak patut kita hanya memaksa dan memadatkan jadual anak dengan jadual akademik semata-mata. Mereka juga memerlukan masa lapang dan rehat untuk bermain dan berhibur seperti kita juga.

6) Tidak patut kita kedekut dengan anak-anak apabila mereka meminta sesuatu yang kita rasakan membazir bagi kita seperti mainan tapi kita tidak berkira pula mahu beli rokok dan gajet telefon misalnya.

7) Tidak patut memberi terlalu banyak kebebasan. Nyatakan limit dan peraturannya agar mereka tahu batasan yang mereka tidak boleh langkaui.

8) Tidak patut kita berakhlaq tidak baik di hadapan mereka contohnya bersikap samseng di dalam kereta kerana anak-anak memerhati dan mendengar percakapan kita.

9) Tidak patut merendahkan orang lain di hadapan anak kerana anak akan juga memandang rendah orang lain dan berkurangan sifat hormat mereka.

10) Tidak patut kita bersikap sangsi atau tidak percaya kepada anak terlalu berlebihan. Bersifat lah seperti itu dengan batasan tertentu sahaja kerana ia akan hanya merendahkan anak itu.

11) Tidak patut memarahi guru anak di hadapan anak. Itu akan hanya membuatkan anak benci dan tidak menghormati guru tersebut.

Semoga kita sentiasa mengasihi dan mempunyai sifat ihsan kepada anak-anak kita.

Sumber: Telegram Nota Keluarga Ashikin Hashim

Artikel Menarik:

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

Murid tak datang duduki UPSR, cikgu ini nekad cari di rumah dan apa yang terjadi mengejutkan ramai

'Saya bangun jam 4 pagi masak, lepas tu solat tahajud dan mengaji dengan nenek'

Guru boleh cuba enam tip ini untuk elak pembentangan pelajar hambar