JIKA guru bijak dan berilmu.. maka murid akan pintar, segak dan maju

Jika guru pandai mendidik, muridnya pula mesti berakal cerdik.

Apabila guru berbicara dengan berhemah dan lemah lembut, murid pasti menerima ilmu dengan penuh hikmah.

Sedarilah kita wahai guru bahawa mengajar dan mendidik merupakan suatu ibadah.

Duhai murid, carilah gurumu saban hari untuk menampakkan kau rajin mencari ilmu dan menjadi bangsa yang bertamadun.

Ikatan antara guru dan murid harus semakin dekat sebagai mana aur dengan tebing  kerana di dalamnya ada kasih sayang dan saksi kebahagiaan.

Genggamlah cita-cita dan gapailah impian setinggi awan seluas lautan dalam kerana itu sahaja jalan menuju kesempurnaan.

Sedarlah, dia seorang guru pembina negara bangsa dan pewaris tamadun ilmu yang terus hidup sepanjang waktu.

Sedarilah murid yang memiliki pekerti baik jelas akan ternampak begitu cantik dan hebatnya akhlak serta cemerlang dunia cemerlang akhirat.

Murid terpaksa akur menerima keringat menitis kepedihan dan terpaksa menerima hakikat sebuah kepayahan.

Murid harus ingat, bahaga guru indahnya terus bersemi, dipandang tidak sepi serta didiknya harus kita hormati.

Hargailah guru yang ada di depan mata jika sudah tiada menangis air mata sudah tidak berguna lagi.

Murid, tidak kita duga takdir menentukan bahawa natijah daripada ikatan antara guru terpahat kukuh dalam nostalgia yang tetap segar sepanjang waktu.

 

Rohidah Ahmad

Guru Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Kenering, Hulu Perak

Artikel lain:

Pembelajaran di luar bilik darjah mempunyai manafaat besar

KPM kaji pelaksanaan semula PPSMI - Ini penjelasan Dr. Mahathir di Dewan Rakyat

Kejohanan Taekwondo Peringkat Sekolah Daerah Kulim - Bandar Baharu