Sudah menjadi perkara utama bagi mak ayah untuk join grup whatsapp sekolah anak.

Ini sebab, bila dah join, apa jua info perihal anak-anak akan cepat dan mudah diperoleh.

Ia juga sebagai satu kelebihan untuk ibu bapa bertanyakan itu dan ini sekiranya ada antara mereka yang tidak jelas dengan hal berkaitan sekolah.

Perkongsian seorang bapa Nazrin Abdul Aziz (Abam Tebu) mengenai sikap mak ayah apabila sertai grup whatsapp, mungkin boleh dijadikan panduan.

Iyalah, kadang-kadang, apa yang kita tulis, mungkin mendatangkan ketidakselesaan pada ahli lain.

Mungkin baik bagi kita tetapi tidak bagi orang lain.

Jom hadam.   

 

 

**********

 

 

Baru 2 minggu masuk group sekolah anak. Rasa dah nak ‘left group’ sahaja. Meh abam cerita sedikit kenapa rasa macam tu.

 

1. Info telah diberikan tapi soalan sama berulang-kali ditanya.

Di WhatsApp biasanya info akan tenggelam ke atas, kena rajin scroll ke atas sedikit dan kalau malas sangat sekali pun cuba cari di ‘search’.

Mana tahu topik telah dibincangkan sekurangnya tidak perlu di ulang berkali-kali. Salah satu punca info tenggelam kerana banyak sangat soalan berulang dan terpaksa di kemas kini berkali-kali.

 

2. Beberapa ibu bapa melenting kerana anak mengadu cikgu memarahi anak mereka kerana tidak membawa buku. Alasan ibu bapa mudah cikgu tak bagi jadual.

Hari pertama sekolah memang tidak ada jadual, namun cikgu akan berikan sewaktu minggu pertama persekolahan. Sama ada salin atau pun dalam bentuk photostate. Takkan le cikgu nak pos jadual waktu cuti sekolah.

Punca cikgu tegur murid kerana terdapat murid yang langsung tak bawa buku, walaupun buku tulis. Beg mereka kosong sahaja. Alasan ibu bapa ni tak nak beg anak berat.

Sekurangnya bekalkan sedikit buku tulis jika tidak mahu anak pikul beg berat. Jadi ada tempat mereka hendak catatkan sesuatu. Anak abam pun catat jadual dalam buku tulis di hari pertama sekolah. Apa bezanya kamu?

 

3. Hari pertama sekolah, cikgu kelas yang baru dan baru pertama kali jumpa.

Mungkin ada sesetengah anak-anak tidak tahu beza antara intonasi suara cikgu tersebut sama ada nada marah atau nada tegas.

Lain cikgu lain intonasi suara, ada yang high pitch dan ada yang lower pitch, sama le dengan penyanyi. Mana mungkin tone suara mereka sama.

Jadi jangan cepat melatah, anak cakap marah dah terus melompat. Tenang hari pertama sekolah biarkan anak biasa dengan cikgu tersebut dan kenali cikgu tersebut. Banyak hari lagi nak di lalui.

 

4. Dalam group WhatsApp tersebut ada seorang cikgu yang rajin melayan soalan ibu bapa dengan sabar, setiap info atau apa-apa aduan dia akan dibawa di dalam group cikgu-cikgu pula.

Namun tidak adil pula bila cikgu tersebut di serang oleh ibu bapa yang marah. Beliau tidak ada elaun khas yang diperuntukkan melayani soalan-soalan berulang, luahan perasaan mahupun apa jua perkara berbangkit.

Namun demi membantu ibu bapa yang perlukan pencerahan dari pihak sekolah dia layankan juga sampai lewat malam. Jadi jangan susu di balas dengan tuba. Hormati beliau.

 

5. Tiada yang sempurna dari pihak sekolah atau pun ibu bapa. Lagi-lagi hari pertama sekolah.

Masing-masing ada kesilapan di hari pertama, baru nak ‘warming up’.

Bertenanglah jangan jadi group tersebut medan peperangan pula, itu salah ini salah. Beri cadangan lebih baik daripada hentaman. Mana ada sempurna di hari pertama. Salah diperbaiki dan jangan ulangi. Usah jadi ‘over protective’.

 

6. Jaga keharmonian group, ibu bapa ni contoh tauladan pada anak-anak dan cermin sikap anak-anak.

Kalau mak bapa kuat melompat, pasti dah tau anak-anaknya macam mana. Kan? Opss.

 

**********

 

Harap korang tidak ikut perangai dalam group WhatsApp sekolah anak abam ni.

Semalam abam dah ‘tembak’ sekali dalam group tersebut. Baru mereka senyap.

Sengaja abam kongsikan di sini sama-sama kita ambil tauladan. Kalau kita tuding satu jari dekat orang lain, tiga jari lagi tunjuk ke arah kita. Satu lagi entah tunjuk arah mana?

Abam Tebu

 

Sumber: Facebook Nazrin Abdul Aziz (Abam Tebu)

 

Makluman: Artikel ini diterbitkan atas keizinan daripada penulis asal

ARTIKEL BERKAITAN: Ini yang mak ayah perlu tahu jika mereka ada anak tahun 1 sesi 2019..

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah sibuk bekerja..murid cemerlang ini sedih sampai bila-bila

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula ayah, kemudian mak pula..Muhammad Farhan diuji dengan sesuatu yang tak pernah dia duga