Ekoran tularnya kisah Mohd Syazwi Zayan Zamri, 7, yang mempunyai ketinggian 80 sentimeter dan berat hanya 12 kilogram (kg), seorang insan istimewa tampil memberi kata-kata semangat buat murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Tasek, Bukit Payong, Marang, itu.

Mohd Sukur Ibrahim, 35 yang kini berketinggian kira-kira 100 sentimeter, telah mencipta kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Walaupun dia juga kalangan 'insan istimewa', namun Sukur terima dan redha dengan ketentuan Ilahi. Ada hikmah atas semua ini.

Ikuti apa kata Sukur menerusi facebook Mohd Sukur Bin Ibrahim tentang adik Zayan ini.

Terdahulu, Mohd Syazwi Zayan atau lebih dikenali adik Zayan menjadi perhatian ramai kerana bersaiz kerdil.

Zayan dilahirkan 20 Julai 2012 dikategorikan sebagai OKU fizikal, disarankan memasuki sekolah pendidikan khas, namun dia masih berpeluang untuk belajar di sekolah itu.

**********

Sabar tau dik. Abang dulu pun biasa kena ejek. Kawan ejek pendek la, hantu laaa.. Tangan macam kaki la..Tapi abang buat relax je..Lama-lama diorg penat, diorg berhenti lah ejek tu.

Sebenarnya diorg bukan niat nak ejek pun. Cuma fikiran diorang tak berapa matang lagi..Sabar tau!

Adik fokus pada pelajaran adik. Buktikan adik boleh berjaya walaupun ada kekurangan diri. Lawan ejekan dengan cara dapat jadi pelajar cemerlang..

Abang boleh buat! Adik pasti boleh!

 

Sumber: Facebook Mohd Sukur Bin Ibrahim

ARTIKEL BERKAITAN: Dipanggil 'Alien' dan 'hantu' ketika darjah 1 - Sukur kongsi cerita sering diejek, dibuli rakan

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuahnya dia, cikgu beri perhatian.. kawan-kawanpun selalu bantu