Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dari Anas RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang keluar untuk mencari atau menuntut ilmu, maka dia adalah orang yang berjihad fi sabilillah sehingga ia kembali”( Riwayat oleh Tirmidzi).

Petunjuk dalil: Rasulullah SAW menerangkan kepada kita betapa pentingnya menuntut ilmu di kalangan umat Islam.

Ilmu pengetahuan sering disebut sebagai jambatan kejayaan.

Ilmu pengetahuan bukan sahaja menjamin nilai tambah dalam diri seseorang, bahkan ia mampu membentuk pemikiran yang kreatif dan kritis.

Namun kini, ramai orang yang memiliki ilmu tetapi sudah menjauhkan diri daripada Allah dan hilang keberkatan di dalam ilmu yang dimiliki.

Untuk mendapat keberkatan dalam ilmu yang kita miliki seharusnya perbetulkan niat mencari ilmu sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima” Riwayat Ibnu Majah.

Beramal dengan ilmu yang dimiliki iaitu ilmu yang sedia ada perlu diamalkannya barulah keberkatan dalam memelihara ilmu tersebut.

Mempunyai ilmu yang banyak tetapi tidak beramal umpama tidak memberi sedikit pun manfaat kepada orang lain.

Syeikh Abdurrahman bin Qasim An Najdi Rahimahullah berkata; “Amal adalah buah dari ilmu, ilmu itu dicari demi mencapai sesuatu yang lain, fungsi ilmu ibarat sebatang pohon, sedangkan amalan seperti buahnya.

Maka setelah mengetahui ajaran Islam seseorang harus menyertainya dengan amalan kerana orang yang berilmu dengannya lebih jelek keadaannya daripada orang bodoh.

Mengajarkan ilmu kepada orang lain sebagaimana Rasulullah SAW bersabda; “Barang siapa yang ditanya tentang suatu ilmu pengetahuan lalu ia menyembunyikannya, maka pada hari kiamat kelak Allah SWT akan mengekangnya dengan kekang api neraka".

Akhir sekali kita perlu berusaha untuk menjaga adab dengan ilmu tersebut bermula dari kitab atau buku diletakkan di tempat yang lebih tinggi, berikan sepenuh perhatian ketika guru mengajar dengan tidak main-main, bercakap-cakap, bermain telefon dan sebagainya.

- Terima kasih Ketua Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Kenering, Gerik Perak, Ustaz Quszaini Abd Manan

Artikel menarik

SOP di luar waktu sekolah, adakah masih menjadi tanggungjawab guru? Ini pandangan ikhlas Dr Amani

Cikgu yang senyap dan pendiam...anda sebenarnya menjadi pilihan utama warga sekolah