Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk murid-murid kembali ke alam persekolahan. Tahun ini, tular lagi mengenai kedudukan lencana sekolah dan tanda nama murid pada baju dan tudung murid di laman sosial. Untuk itu, dikongsikan maklumat mengenai perkara tersebut.

Jika berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas yang ada, tiada yang memperincikan mengenai kedudukan lencana sekolah dan tanda nama murid. Namun begitu, mengikut pemerhatian kami peraturan yang digunakan oleh pihak sekolah boleh digunapakai dan tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan KPM.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993

 

Walau bagaimanapun, ini contoh maklumat yang diperoleh dari pihak sekolah yang boleh digunapakai. Berkenaan kedudukan nama di bawah lencana sekolah, KPM tidak meletakkan sebarang syarat mahupun peraturan. Pihak sekolah boleh berbuat demikian atas nama peraturan kecil sekolah.

Kredit: SK Taman Desa 2

Kredit : SK Putrajaya Presint 8(1)

Kredit: SK Puchong Indah

Kredit: SK Taman Putra Perdana