Kepada guru yang memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana atau doktor falsafah (PhD), keputusan panggilan temu duga
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) boleh disemak pada 1 Jun ini.

Menurut pengumuman yang dibuat di laman web Kementerian Pendidikan (KPM), semakan boleh dbuat pada jam 3 petang pada hari tersebut.

Untuk maklumat lanjut, pemohonan boleh layari https://epenawaran.moe.gov.my

Kepada mereka yang ingin mengetahui lanjut mengenai Program HLP ini, disertakan 13 soalan lazim berserta dengan jawapan.

1. Siapa yang layak memohon tawaran HLP dengan tawaran cuti belajar bergaji penuh (CBBP) di bawah KPM?

Pelawaan ini hanya meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan.  

2. Saya amat berminat untuk memohon, naun saya berkhidmat dalam kumpulan sokongan.

Program HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah (Ph.D). Bagi pegawai di bawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa.

3. Antara syarat untuk memohon adalah sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama tiga tahun pada tarikh tutup permohonan. Bolehkah tarikh lantikan dikira daripada jawatan/gred/skim lain sebelum jawatan sekarang?

Syarat tiga tahun berkhidmat tidak termasuk jawatan/gred/skim perkhidmatan terdahulu termasuk jawatan kontrak. Selain itu, tempoh perkhidmatan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional sahaja yang akan diambil kira.  

4. Bolehkah memohon tempat pengajian di universiti selepas mendapat tawaran HLP?

Boleh. Calon-calon masih boleh mendapatkan tempat pengajian semasa dalam tempoh sah tawaran sementara.  

5. Sekiranya telah ditawarkan HLP, bolehkah bidang pengajian ditukar?

Tidak dibenarkan. Penentuan bidang pengajian adalah berdasarkan keperluan KPM.  

6. Adakah calon wajib lulus terlebih dahulu TOEFL ATAU IELTS sebelum memohon HLP?

Calon tidak wajib menduduki ujian TOEFL atau IELTS lagi ketika permohonan program HLP ini tetapi calon hendaklah lulus ujian bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada TOEFL 580 (Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 88 (Internet-Based) atau IELTS 6.5 sebelum memulakan pengajian kelak.

7. Adakah ujian TOEFL dan IELTS perlu dipohon sendiri oleh pemohon? Di mana?

Ya. Pemohon boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada MACEE (Malaysian American Commission on Educational Exchange) (http://www.macee.org.my) atau BRITISH COUNCIL (http://britishcouncil.org/malaysia). Semua kos yang terlibat adalah di bawah tanggungan calon sendiri.  

8. Apakah kemudahan dan elaun yang disediakan melalui HLP ini?

Kadar elaun dan kemudahan akan dimaklumkan di dalam surat tawaran kepada calon yang berjaya.  

9. Berapakah tempoh penajaan bagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana?

Pegawai dikehendaki berkhidmat dengan KPM berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan sebagaimana dalam perjanjian yang telah ditandatangani. Keengganan pelajar untuk berkhidmat dengan KPM boleh menyebabkan tuntutan gantirugi dikenakan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam perjanjian.  

10. Adakah terdapat sebarang ikatan kontrak sekiranya berjaya ditawarkan HLP?

Ya. Tempoh ikatan kontrak tertakluk kepada terma perjanjian yang akan ditandatangani.  

11. Adakah pegawai dikehendaki berkhidmat dengan KPM selepas tamat tempoh pengajian?

Pegawai dikehendaki berkhidmat dengan KPM berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan sebagaimana dalam perjanjian yang telah ditandatangani. Keengganan pelajar untuk berkhidmat dengan KPM boleh menyebabkan tuntutan ganti rugi dikenakan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam perjanjian.  

12. Apakah kesan sekiranya saya menolak tawaran sementara HLP?

Sekiranya tuan/puan menarik diri atau menolak tawaran selepas tempoh yang dibenarkan, tindakan/penalti akan dikenakan.  

13. Bilakah bulan-bulan pembayaran elaun bagi biasiswa HLP?

Elaun di bawah program HLP akan dibayar secara pukal empat bulan sekali iaitu pada Februari, Jun dan Oktober setiap tahun.

Sumber: https://moe.gov.my

Artikel berkaitan:

Hati-hati cikgu, jangan tertipu dengan sindiket di Macau Scam - Guru rugi RM5,500 ditipu 'Inspektor'

'Cikgu perlu sabar didik anak murid sebagai ibu bapa kedua mereka' - Pesan Tokoh Guru Kebangsaan

Enam guru yang namanya disebut-sebut PM, guru Malaysia hebat

Pembelajaran maya adalah masa hadapan, PM rayu guru dalami kemahiran pengajian atas talian

Ucapan PM kepada guru ibarat nasihat seorang ayah