PASTI ada niat yang tidak elok di sebalik tindakan tersebut. Tak lain dan tak bukan untuk memalukan serta mengaibkan guru tersebut. Sepatutnya, tak perlu dirakam dan disebarkan di media sosial. Kan boleh diselesaikan secara bersemuka.

Buat para ibu bapa,

Bila ada satu-satu isu, datanglah ke sekolah dengan niat untuk berbincang. Bukan menyerang.

Pasti, jika kalian datang dan menyerang guru, anak kalian akan disisihkan. Kesannya tersangatlah besar. Boleh jadi anak kalian akan terabai dan diabaikan walaupun datang ke sekolah.

Jika guru tersebut tidak mengambil sebarang tindakan, pasti murid-murid lain juga akan berani untuk memijak maruah guru-guru.

Buat guru-guru, usahlah menghukum ketika kalian sedang sangat marah. Pasti emosi akan menguasai kalian. Makanya, kalian akan menghukum melebihi dari yang sepatutnya.

Buat ibu bapa berkenaan, kalianlah yang paling mendukacitakan. Anak-anak adalah cerminan diri kalian. Jika begitu anak kalian, boleh jadi kalianlah yang menjadi contoh teladan.

Kalian tahu apa kesilapan besar kita sebagai ibu bapa?

Kita serahkan semua tugas mendidik pada guru.

Tapi bilamana guru-guru berleter dan menegur, kalian melenting dan tularkan.

Ingatlah, tanggungjawab mendidik ini adalah tanggungjawab bersama. Bukan tugas guru di sekolah semata.

Buat guru tersebut, saya doakan semoga urusan anda dipermudahkan Tuhan.

Kita ni, mesyuarat PIBG lah yang sepatutnya kita hadir untuk membincangkan kemenjadian anak-anak, tak pula kita hadir. Tapi bila isu anak dirotan dan dihukum, kitalah orang pertama yang munculkan diri.

Sungguh mendukacitakan.

Dalam pada itu, beberapa pelayar laman sosial turut memberi pandangan mereka mengenai isu pelajar dirotan..

1) "Selalunya parents ni bila anak-anak sampai sekolah ja...mengharapkan 1001% peratus tanggungjawab ni pada para guru...bila benda baik x di ambik kisah kat cikgu, bila benda buruk sikit cepat pulak datang sekolah serang bagai...amat sedih dengan perangai parents macam nie.

2) "Betul cikgu...Benda boleh bincang...Kenapa nak kecoh-kecoh...Kenapa nak viral-viral bagai... Kalau salah tu pada anak...Tak perlu nak backup anak...Sok2 x jadi orang pulak...Biar anak-anak belajar dari kesilapan.

3) "Ada satu masa kadang-kadang ibu bapa mati akal nak didik anak. Ini yang selalu Mak Jah dengar “tak tahulah puan saya nak buat macam mana. Dia tak nak dengar cakap saya”. Kadang ibu bapa dah marah, guru dah pukul tapi mereka tetap begitu cikgu. Selalunya Mak Jah tengok balik keseluruhan cerita. Pasti ada sebab mereka jadi begitu.

4) "Akak setiap kali jumpa cikgu kat sekolah selalu bagi tau kat cikgu...asuh dan didiklah anak akak seperti anak cikgu sendiri...kalau perlu rotan untuk kebaikan dia...rotanlah...akak selalu cakap kat anak-anak...cikgu adalah ibu bapa kedua kamu selepas abah dan ibu...macam mana kamu taat dan hormat abah ibu kat rumah...macam tu juga kamu kena taat dan hormat cikgu kamu...

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

Cikgu Matematik

ARTIKEL BERKAITAN:

Insiden guru rotan pelajar yang menggelarnya Cikgu Pondan, ini reaksi Dr. Maszlee

‘Dari kecil kita jaga hingga sekolah menengah, suka hati pula cikgu nak merotan’ - Baca dulu

Bekas pelajar tampil pertahankan tindakan guru

ARTIKEL MENARIK:

Tragedi bot terjunam ke dasar tasik - 'Perginya' Cikgu Fauzi buat Cikgu Rahman rindu kenangan lalu

Guru ini kongsi 12 kelebihan masuk Tingkatan Enam, nombor tujuh pasti buat ramai tersenyum

Mak ayah perlu buat ini jika mahu anak mereka skor A Matematik UPSR