Musim cuti sekolah yang panjang telah pun bermula.

Ketika ini, pastinya ibu bapa telah merancang pelbagai program menarik untuk keluarga masing-masing.

Mungkin ada yang akan pulang ke kampung halaman dan tak kurang juga ada yang akan bercuti ke luar negara.

Sebelum anda menikmati percutian indah itu, ada pesanan daripada warga guru untuk ibu bapa di luar sana.

Jom kita hadam

**

Warga Pendidik,

Sekolah Rendah dan Menengah,

Seluruh Malaysia.

___________________________________________________________________________________

 

Kepada,

Ibu bapa/penjaga,

Seluruh Malaysia.                                                                                                   22.11.2018

 

Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan,

PEMBAHAGIAN TUGAS PADA MUSIM CUTI SEKOLAH.

Perkara di atas dirujuk.

2. Sempena cuti sekolah yang bermula pada 22. 11. 2018 adalah diharapkan tuan/puan menerima pelantikan seperti berikut:

 

   Bapa                           : Pengetua/GB

   Datuk                          : GPK1

   Ibu                               : GPK HEM

   Nenek                         : GPK KoKu

   Abang/Kakak Sulong: Guru Disiplin

   

3. Pihak sekolah berbesar hati sekiranya tuan menerima tugas ini dengan rela hati sepanjang cuti sekolah ini dan merasai sendiri nikmat mendidik dan menjaga anak-anak.

4. Adalah tidak adil sekiranya guru sahaja diberi peluang melaksanakan tugas itu sepanjang tahun. Pihak kami memahami bahawa ibu bapa juga teringin diberi peluang yang sama.

5. Jagalah anak-anak dengan baik agar tidak merempit, melepak, bermain gajet secara melampau sehingga mengabaikan diri mereka.

6. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING”