Kolej Profesional Kemahiran Kiblah (KPKK) merupakan satu lagi cabang pendidikan yang diwujudkan oleh Kumpulan Pendidikan YAKIN-KIBLAH yang bakal memperkasakan pusat-pusat tahfiz seluruh negara.

Melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, KPKK akan menjadi tumpuan pelajar tahfiz untuk mendapat pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Menurut Pengerusi Kumpulan Pendidikan KIBLAH, Tan Sri Dr. Hashim Meon, sudah tiba masanya untuk pihaknya memandang kehadapan bagi memperkasakan pelajar tahfiz supaya masa depan pembelajaran mereka lebih terjamin terutamanya selepas menamatkan pengajian mereka di pusat-pusat tahfiz.

“Kami yakin pelajar tahfiz akan merebut peluang ini kerana melalui Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM), pemegang SKM boleh melanjutkan pengajian di Institut PengajianTinggi (IPT) samaada IPT Awam mahupun Swasta,” katanya.

Kelulusan penubuhan KPKK telah menjadikannya sebagai Pusat Bertauliah JPK yang kedua dalam negara dan menjadi pusat bertauliah pertama di Selangor yang menawarkan program SKM bagi pengajaran tahfiz, pengurusan tahfiz dan pengurusan masjid.

Tempoh Pengajian SKM Tahap 3 selama satu tahun dengan pembelajaran sistem Jabatan Pembangunan Kemahiran, Hafazan al-Quran dan enam subjek teras SPM. 

Usaha yang dijalankan oleh guru-guru berpengalaman di Maahad Tahfiz Kiblah yang ditubuhkan 25 tahun lalu telah berhasil membuat pemetaan kurikulum maahad tahfiz, kurikulum agama dan kurikulum yang dibangunkan oleh JPK dikenali sebagai National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Skil Pekerjaan Kebangsaan yang membolehkan pelajar tahfiz memperolehi SKM Tahap 3 dalam masa setahun.

Dalam usaha memperkasakan pelajar tahfiz, KPKK telah membuat tawaran pengajian SKM dengan mengambil kira elemen arus pendidikan perdana.

Program persijilan ini diklusterkan dengan subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mempersiapkan pelajar menduduki peperiksan berkenaan disamping tidak mengabaikan hafazan al-Quran yang menjadi objektif ibu bapa menghantar anak-anak ke maahad tahfiz.

Perancangan rapi

Pengurus Pusat Bertauliah, Dr. Mohd Sahrin Ab Rahman berkata, dengan kewujudan KPKK yang memberi peluang kepada pelajar tahfiz, semua pusat tahfiz tidak perlu gusar dengan pemindahan pelajar mereka ke kolej.

“Pihak kami sedar bahawa semua pusat tahfiz mempunyai perancangan bagi memantapkan pembacaan al-Quran dan pengajian kita dalam tempoh tertentu dan komited dengan harapan ibu bapa.

“Perancangan yang rapi dan tersusun telah dirangka bagi membolehkan pelajar tahfiz berumur 16 tahun mengikuti program SKM dan boleh kembali ke maahad tahfiz masing-masing setelah tamat untuk menghabiskan hafazan atau bersedia menduduki SPM sekiranya pusat tahfiz mereka ada menawarkannya,” jelasnya.

Menurutnya, Kumpulan Pendidikan YAKIN-KIBLAH mempunyai program ‘fast track’ SPM yang boleh membantu pelajar maahad tahfiz yang tidak menawarkan sesi pembelajaran untuk SPM.

Kerangka Kelayakan Malaysia, MQA yang membuktikan pelajaran SKM boleh ke IPT.

Pengambilan pertama

KPKK mempunyai tiga kali ambilan setahun iaitu pada bulan Februari, Mei dan September.

Bagaimanapun, bagi pengambilan pertama kemasukan masih lagi boleh diterima sehingga akhir bulan Mac 2021.

  • Tiada kelayakan akademik diperlukan.
  • Pendaftaran terbuka diadakan pada 15, 16 dan 17 Mac 2021bermula jam 10 pagi.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Pejabat KPKK di talian 03-8760 1287 atau Whatsapp 013-981 3862 / 013-3717 601 atau datang sendiri ke Komplek Pendidikan YAKIN-KIBLAH, Jenderam Hulu, Dengkil Selangor.

Waze: SEKOLAH KIBLAH atau layari: www.sekolahkiblah.com.my

Fasiliti KPKK dan yuran pengajian:

  • Asrama percuma dengan pengawasan CCTV.
  • Infrastruktur yang kondusif.
  • Selesa dengan fasiliti yang lengkap.
  • Insentif yuran pengajian bagi pelatih tahun 2021.
  • Halaqah al-Quran berhawa dingin.
  • Diskaun kepada yang layak.
  • Bantuan Zakat Selangor/MAIS kepada yang layak.

KPKK turut merancang untuk menambah program seperti

  • Pengurusan Pejabat
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak sehingga ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia