KETUA Pengarah Pelajaran (KPPM) Datuk Amin Senin kali ini menjawab beberapa persoalan berkenaan perubahan orientasi pendidikan, isu PBS dan guru pengiring serta beban guru.

Ikuti temu bual lanjut Editor GPSBestari Wan Normi Hasan dan Wartawan Faezah Muda.

1. Sekiranya UPSR itu tidak diiktiraf dan hanya sekadar 'check point', bagaimana dengan syarat pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)?

Kemasukan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) itu kali ini tidak lagi memberi penekanan kepada pencapaian 6A. Baru-baru ini kita dah sebut kemasukan pelajar ke SBP dan MRSM, kita berbalik kepada semangat asas penubuhan SBP ini. Tujuan penubuhan adalah untuk menyediakan ekuiti kesaksamaan dalam pendidikan.

Mereka yang memerlukan bantuan kita masukkan ke asrama penuh. Dalam erti kata yang lain,  walaupun pelajar itu tak dapat 6A, tetapi dia boleh masuk ke asrama penuh.

Ada faktor-faktor lain juga yang diambil kira, tidak semestinya keputusan peperiksaan sahaja, sebab itu tahun ini ada pelajar 6A tak dapat masuk.

Kita menerima 30,000 permohonan ke SBP tetapi pengambilan tak banyak kerana pemilihan bukan dibuat berdasarkan 6A tapi B40 (isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di bawah RM3,860), 60 peratus adalah B40.

Faktor lain yang turut diambil kira adalah kedudukan sekolah dan latar belakang ekonominya. 

Dalam jangka masa terdekat, apa yang KPM akan lakukan untuk menukar orientasi ibu bapa dan guru tentang peperiksaan?

Sebenarnya di kementerian, kita ada dua pendekatan untuk mengurangkan orientasi peperiksaan ini.

Pertama, kurangkan peperiksaan awam. Daripada perbincangan dulu, kita telah setuju ada peperiksaan di sekolah rendah, iaitu UPSR sahaja.

Kedua, kita tiadakan PMR dan kita gantikan dengan yang lain sebab Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sampai tingkatan tiga sahaja.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebelum ini juga bersetuju transisi itu secara 'soft landing'. Maknanya PT3 kita serah kepada sekolah namun soalan peperiksaannya masih dibuat oleh Lembaga Peperiksaan dan pemeriksaan dibuat oleh guru.

Sampai satu peringkat nanti apabila sekolah sudah bersedia, guru boleh menyediakan item yang berkualiti dan boleh membuat skima pemarkahan serta pemeriksaan seperti mana dibuat oleh Lembaga Peperiksaan, maka kita akan serah kepada sekolah untuk mengendalikannya.

InsyaAllah pada tahun 2021 nanti, Dr Maszlee pun sudah bersetuju PT3 ini kita serahkan sepenuhnya kepada sekolah. Ini strategi pertama.

Strategi kedua sebenarnya kita nak perkenalkan PBS, tetapi malangnya PBS tidak berjalan seperti yang diharap sebab ditenggelami orientasi peperiksaan.

Sebab itu saya mengembalikan semula PBS sebagai asas. Apabila tiada Gred Purata Sekolah (GPS), saya dapati sekolah tidak lagi terlalu tertekan memikirkan keputusan UPSR.

PBS sangat komprehensif sebab berbentuk formatif dan berterusan tiap-tiap hari babitkan perkembangan murid.

Sebab itu apabila Dr Maszlee berkata tiada peperiksaan untuk penggal satu, altenatifnya Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Melalui, guru perlu membuat laporan berbentuk markah seperti peperiksaan yang dipanggil Ujian Sumatif.

Jun ini akan ada satu pelaporan untuk tahun satu hingga tiga iaitu Laporan PBD yang meliputi penguasaan tahap satu, dua dan tiga serta nilai murni yang diamalkan.

2. Inikah kaedah baharu bulan Jun nanti?

Ini bukan kaedah baharu tetapi kaedah yang dihidupkan semula dan  diperkukuhkan. Kaedah ini telah dimulakan kepada murid tahun satu pada 2011 yang sekarang ini sudah berada di tingkatan tiga.

Sebelum ini, PBD tidak diambil perhatian kerana terlalu terikat dengan UPSR.

Sebab itu bila saya ambil alih, saya kembalikan semula PBD. Cuba perhatikan bila kata tiada peperiksaan, kita ganti dengan PBD guru-guru di sekolah sudah tahu dan faham.

Ini bermakna, ia bukan sesuatu yang baharu, memang dah ada dan kita perkukuhkan balik,  ubahm suai dan latih balik guru-guru serta pengetua.

Adakah PBD ini mengurangkan beban guru?

Kalau dulu pun guru buat juga. Jadi sekarang bila kita tiada peperiksaan, sebenarnya tiada beban. Istilah 'beban' ini  tak berapa tepat sebab itu memang tanggungjawab profesional sebagai guru kena buat.

Cuma sama ada kita kuatkuasa ataupun tidak, itu sahaja.

Memang sudah menjadi tugas guru menyediakan profil murid,  dalam PBS, PBD adalah menyediakan perekodan murid dan ia memang tugas guru. Itu bukan beban,  itu tanggungjawab.

3. Sekarang ini, istilah beban guru sangat popular.

Saya setuju ada beban, saya setuju.. dari segi beban guru yang jangka pendek pun Dr Maszlee umumkan pada awal tahun tapi  berterusan kita buat.

Beban kerja guru ni ada dua. Satu yang dipanggil tanggungjawab profesional dia sebagai guru contohnya buat rekod pengajaran... ini mahu ke tidak, kena buat sebab itu adalah 'embedded' kerja guru.

Tetapi jika ada guru terbeban dengan kerja yang bukan kerja hakikinya..yes! Itu kita setuju.

Misalnya, kerja-kerja pentadbiran... yang ini kita tengah nak lihat. Ada yang berbentuk  'clearicle' pentadbiran, contohnya 'marking' buku rekod, seseorang guru tidak boleh menyuruh orang lain untuk melakukan kerja itu kerana itu kerja profesional yang dia kena buat.

Tetapi kalau tiada kaitan contohnya hal pembangunan sekolah. Jika guru dahulu, semua benda dia buat tapi guru sekarang ini, kerja dia pun dah banyak.

Ini kita minta supaya kerja-kerja tambahan dikurangkan.  Dari segi pentadbiranpun, jawatankuasa-jawatankuasa sekolah turut dikurangkan sebab itu, kajian kita menunjukkan 25 peratus bebanan guru adalah daripada cara pengetua dan guru besar mengagihkan tugas.

4. Adakah arahan ini diberikan kepada guru besar dan pengetua?

Kita telah maklumkan kepada semua pengetua dan guru besar... kita minta supaya lihat balik. Mereka diberi autonomi untuk fikirkan inisiatif.

Yang lain-lain kita akan buat secara berterusan. Ada benda yang kita kena akui hakikat, kita pun ada kekangan. Ada juga kerja yang guru perlu buat sebagai tambahan walaupun bukan hakiki.. itu terpaksa kita buat, tapi jika boleh kita kurangkan, kita kurangkan.

5. Perubahan pedagogi sekarang yang ikut Amalan Naratif Baharu Pendidikan ini, adakah guru faham dan mahir dengan pembelajaran seperti didik hibur dan   PAK21?

Hal ini ada dua perkara. Satu faham dan satu lagi mahir. Faham, guru faham.. dia tahu. Sebab itu perkataan istilah lama yang kita popularkan adalah berpusatkan murid.

Kita sudah buat kaji selidik dalam PBD, guru tahu tapi dia tidak boleh mempelbagaikan pentaksiran oleh sebab kemahirannya tidak meningkat. 

Oleh itu, kita nak bangunkan kembali berbalik kepada sistem dahulu.

Sistem dulu apabila diperkenalkan PBS ini, kita panggil  kaedah 'cascaeding method'. Kita adakan latihan di peringkat kebangsaan, negeri, PPD dan sekolah tapi 'cascaeding method' ini banyak kecairan berlaku.

Yang kedua, bila sampai ke peringkat sekolah, guru faham dan tahu tapi akhirnya di sekolah, dia berseorangan untuk buat.

Dia tak tahu macam mana nak kepelbagaian untuk membuat. Jadi kita akui di situ ada kelemahan. Bila kita nilai dalam pelan pembangunan pendidikan, kita dapati perkara ini kita kena kenal pasti.

Kita tak boleh bergantung kepada 'cascaeding method' untuk latihan guru ini sebab itu apa yang kita buat sekarang ini, yang guru perlukan di sekolah sebenarnya adalah orang lain yang secara berterusan boleh membantu dia.

Contonya seperti Ladap yang orang lain membantu dia dan boleh mempelbagaikan kaedah sebab itu dalam sistem kita, secara makronya, kita nak memperkukuhkan sistem sokongan kepada guru.

Dari segi penjawatan perstrukturan, yang paling hampir dengan sekolah ialah Pejabat Pendidikan Darah (PPD) tetapi kita dapati 90 peratus tanggungjawab PPD adalah kepada pentadbiran dan bukan berbentuk sokongan profesional.

Mereka lebih banyak menumpukan kepada guru, kaedah padagogi dan sebagainya.  

Oleh itu, kita wujudkan satu jawatan khusus di PPD iaitu Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) yang tujuannya memberi sokongan kepada guru di sekolah.

Pegawai ini kena turun ke sekolah membantu guru yang memerlukan bantuan. Cukup? Memang belum cukup.

Apa yang kita buat lagi adalah menggunakan dua sumber yang sebelum ini tidak dimanfaatkan, iaitu Institut Aminudin Baki (IAB) dan Institut Perguruan (IPG).

Kita ada pensyarah di IAB lebih 600 dan di IPG juga lebih kurang 3,000 orang. Kita wujudkan satu institusi sistem sokongan yang membantu Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+) dan SIC+ yang dipanggil Rakan Kepemimpinan Pendidikan dan Instruksional (ELITE).

Elite terdiri daripada pensyarah IAB dan IPG yang turun ke sekolah membantu sebagai sistem sokongan. Yang ini masih dalam proses sebab mereka tidak ada pengalaman di sekolah.

Kita tengah 'align' dan latih mereka untuk turun ke sekolah.

Sementara kita nak bicang soal guru pembantu, kita manfaatkan dulu apa yang ada. Kita gerakkan dulu Sistem Sokongan yang ini.

Cadangan pembantu guru kita akan bincang kemudian secara berperingkat-peringkat, maksud saya, kemahiran guru ini kita kena bantu secara berterusan.

Bukan itu sahaja sekarang ini, dengan adanya kaedah baharu seperti Latigan Dalam Perkhidmatan (Ladap) yang dahulunya bergantung pada satu kursus, sekarang bila kita ada SIC+, kursus pada peringkat daerah lebih kerap diadakan.

Ladap dulu hanya bergantung kepada kementerian tetapi sekarang ini kita wujudkan satu mekanisme lagi yang dipanggil Profesional Learning Comunity.

Profesional Learning Comunity ini boleh wujud di peringkat sekolah, PPD  dan sebagainya, konsepnya mudah sahaja dengan menjemput guru-guru hebat berkongsi kepakaran pedagogi masing-masing.

6. Baru-baru ini ada kes guru pengiring kemalangan. Cikgu bawa pelajar dengan risiko sendiri. Apa pendapat Datuk?

Isu ini sangat komplikated. Umumnya aktiviti luar sekolah sangat banyak bukan semua sekolah ada bas sekolah, ada pemandu jadi apa yang kita minta adalah sewa kenderaan awam bagi tujuan menghantar pelajar untuk aktiviti luar, tetapi peruntukan pula yang menjadi isu.

Guru kita sangat dedikasi dan situasi ini bukan satu keputusan yang mudah. Kita tak larang dan suruh.

SOP kita jelas jika nak bawa mesti ada persetujuan ibu bapa dan sebagainya.

Bagi guru yang disaman sivil akibat situasi ini, KPM tak boleh sediakan peguam melainkan jika saman itu membabitkan jawatan atau sekolah KPM barulah kita boleh sediakan peguam.

Sekarang di peringkat kementerian, kita sedang melihat balik apa yang kita boleh buat, sama ada menyediakan insuran untuk guru dan bagaimana kita nak mengelak guru ini daripada disaman.

Benda ini kena kita lihat keseluruhan. SOP yang ada kita boleh laksanakan tetapi jauh lebih penting, bagaimana kita nak elakkan supaya guru tidak terbeban dengan perkara seperti ini.

Niat cikgu bagus.

Menteri Pendidikan turut minta kami melihat semula bagaimana kita boleh lindung guru-guru kita supaya tidak menjadi mangsa dalam perkara yang tidak sepatutnya.

Ini pengajaran bagi kita juga, aspek perundangan, aspek insuran dan kebajikan turut kita kena lihat.

Cuma asas pertama yang kita minta, jika nak bawa pelajar juga kena ada kebenaran ibu bapa dan pengurusan sekolah perlu tahu. Keselamatan murid kena ambil berat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Wawancara Khas: Datuk Amin menjelaskan beberapa isu dan hala tuju pendidikan (Siri 1)]

[ARTIKEL BERKAITAN: Wawancara Khas: Pendidikan berorientasikan pertumbuhan tekankan pengukuhan nilai, sahsiah dan akhlak (Siri 2]

 

 

ARTIKEL LAIN:

'Mana ma dan abah?' - Murid SK Kuang ini tak tahu ibu ayah dan dua adik meninggal (8 foto)

Tular kisah Ibu bapa Cina hantar anak ke tahfiz, ini cerita sebenar Mike ketika sekolah

Calon lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 boleh buat semakan 12 tengahari, hari ini

Cikgu Nan tak sangka dapat hadiah Hari Guru daripada artis - Terbaiklah cikgu!