ANTARA penemuan HEBAT saya miliki tentang ‘rahsia tersimpan’ yang dimiliki oleh ramai pelajar cemerlang adalah;

1) Kerap merasai kurang berdoa

Dengan punyai perasaan ‘saya masih kurang berdoa’, menjadikan mereka pelajar yang semakin hari semakin kerap berdoa. Walhal, saya selidik dapati mereka sudah kerap berdoa sebenarnya, namun tetap melatih diri dengan mengatakan bahawa mereka masih kurang berdoa. Bila kurang rasa takut. Bila takut, rasa mahu buat lebih lagi. Akhirnya mereka jadi pelajar yang bertali arus berdoa setiap hari setiap masa. Apalagi, confident pun lebih mendongak naik….!

2) Langsung tidak mengharap ‘gifted’. Ini baru betul-betul ‘Gentleman’..!

Tiada istilah ‘gifted’ atau ‘cerdik genius asal’ dalam hidup mereka. Mereka tidak pernah mengharap lebih pada cerdik asal usul. Sama ada kita nampak atau tidak, hakikatnya mereka kuat berusaha (baca buku, buat latihan dan ulang kaji pelajaran). Langsung tiada usaha yang dibuat ‘main-main saja’ kemudian berhasil berjaya cemerlang. Mereka sendiri tidak percaya boleh berjaya hanya dengan ‘pay attention’ di dalam kelas sahaja. Ada yang berani kata pada saya “tipu semua tu cikgu kalau yang kata dia tak belajar di rumah atau asrama, cemerlang hanya belajar dalam kelas saja..kami nak dapat tahap ni, kami semua pulun habis siang dan malam..mana ada belajar main-main boleh cemerlang”.

Saya setuju..!Sebab banyak kisah orang-orang hebat di dunia, mereka berjaya kerana sanggup tabah lalui ‘keperitan’. Kejayaan mereka ‘cukup umur dan matang’.

3) Suka buat ‘Aduan Khas’

Mereka berterus terang pada Allah SWT. Antara dialog mereka, begini:

“Ya Allah, aku mengaku aku banyak kurang dan kelemahan, tapi bantulah aku Ya Allah”, “Ya Allah, aku ni tak pandai sangat, aku pelajar biasa saja. Tapi aku ada impian Ya Allah, aku nak berjaya, aku nak sangat bantu keluarga aku Ya Allah, Kau tolonglah aku Ya Allah, Ya Allah, aku nak sangat hidup bahagia dengan berjaya, bantu aku Ya Allah. Ya Allah aku ni dari keluarga miskin, hanya Kau sahaja yang dapat ubah hidup aku, Ya Allah tolonglah mudahkan aku mengingat nota penting dan faham latihan yang aku buat, Ya Allah, beratkanlah hati aku untuk belajar lebih yang mana, Ya Alllah bantulah aku di dalam dewan peperiksaan nanti, aku harap sangat Kau bantu aku ya Allah”.

Begitulah antaranya. Kalau ikutkan banyak lagi dialog mereka ini. Mereka berterus terang..!

4) Tebalkan muka jadi ‘Jurulatih’

Kebanyakan mereka asalnya bukan golongan pelajar terpilih. Mereka hanya pelajar biasa-biasa sahaja. Tapi, walau tahu sedikit mereka tidak kedekut ilmu. Mereka suka ajar bantu kawan-kawan yang tidak tahu. Mereka tidak lokek kongsi nota cantik salin cetak dan beri pada kawan yang tak berkemampuan.

Kata-kata seperti, “emmm, tadi aku tengok kau tak berapa faham jawab soalan matematik tu, aku tau sikit-sikit dan kalau kau nak aku boleh tolong tunjuk..”

Menariknya, saya dapati mereka yang suka membantu kawan ini ditakdirkan Allah beri mereka ‘insight’ lebih semasa dalam dewan peperiksaan sebenar. Akhirnya yang suka bantu kawan ini cemerlang, mudah dapat tawaran sambung belajar dan lebih menarik mudah dapat kerja..! Lihat, betapa Adilnya Allah pada orang-orang baik.

5) Tekan suis lampu tengah malam

Mula-mula mereka kata, “saya sedar diri sebelum ini saya kurang berjaga malam untuk belajar. Saya alpa, saya leka. Tapi tahun akhir ini (SPM) saya mahu pulun dan tebus ‘all out’. Yang dah lepas saya tak boleh ubah. Yang sekarang dan ke depan saya mahu berjaga malam. Saya mesti penat dan letih di tahun akhir ini. Tahun ini saya mesti jadi lebih baik, mesti lain dari tahun-tahun kebelakangan ini. Saya mahu hidupkan malam-malam yang mampu untuk saya belajar..”.

Hebat kan..???

6) Jumpa ibu ayah atau penjaga dan berani 'Say Something’

Mereka tidak sombong pada ibu bapa atau penjaga. Walau malu, mereka kuatkan semangat ucap mohon maaf pada ibu bapa dan penjaga terhadap salah dan silap yang lalu. Kemudian, barulah mereka mohon ibu bapa doakan kejayaan mereka. Tidak hairanlah mereka sukses. Sebab mereka jelas terang lagi bersuluh minta ibu bapa penjaga doakan mereka. Di sini kita lihat betapa besarnya aura ibu bapa dan penjaga yang cemerlang untuk hasilkan anak-anak cemerlang.

7) Mohon restu guru ‘Awal’. Hujung Tahun ‘LAKONAN SEMULA’

Saya sendiri anggap bahawa ‘Majlis Restu Ilmu’ yang biasanya setiap sekolah buat pada penghujung tahun sebelum peperiksaan besar bermula sebagai ‘LAKONAN SEMULA’.

Kita mesti didik anak-anak murid kita senantiasa mohon restu guru setiap kali selesai harian belajar dan menuntut ilmu dengan guru-guru. Inilah yang kebanyakan pelajar cemerlang buat, mereka baik dengan cikgu, ringan tulang dan suka buat hal-hal baik yang cikgu suka.

Ya, saya juga anjurkan Majlis Restu Ilmu di hujung tahun, saya kendali juga namun ia sebagai pelengkap ceremony sahaja dalam konteks kemuncak. Sebab itu saya klasifikasikan sebagai ‘LAKONAN SEMULA’ kerana jika pelajar sentiasa mohon restu sepanjang masa, penghujung adalah imbas kembali. MOHON RESTU AWAL banyak sangat manfaatnya. Bila cikgu suka, rasa dihargai, seronok.., maka doa para cikgu lebih mudah makbul sebab bait dipinta lahir dari nurani yang bahagia. Insya-Allah.

8)”T-H-D”.

T-Taubat, H-Hajat, D-Dhuha. Setiap satunya dua rakaat sahaja, totalnya enam rakaat. Pelajar hebat mereka malu nak mengaku buat yang ini. Saya dapat tahu pun sebab saya selidik secara halusi dan dari hati ke hati. Rupa-rupanya, mereka rajin tunaikan Sunat Taubat, Sunat Hajat dan Sunat Dhuha. Kena taubat dulu, barulah mohon hajat. Kemudian mantapkan dengan dhuha. Patutlah cemerlang dan ‘steady’ mereka ini. Ini yang kita mahu dan perlu sebarkan buat anak-anak didik kita semua. Begitulah.

Semoga kita semua TIDAK KENAL LANGSUNG erti putus asa dalam menjalankan amanah mendidik ini.

Kalau kita lelah, kita mengadu pada Allah, dan kita pujuk diri kita. Jangan mengharap orang lain pujuk semangat kita, kita buat sendiri.

Mudahnya begini, ramai di luar sana ‘teringin tapi kecundang’ untuk menjadi cikgu, ramai memasang impian tapi tidak kesampaian. Allah pilih kita, maka kita dipilih Allah menjalankan tanggungjawab ini. ‘Seksok-seksok’ pasti Allah soal balik kita kan. PASTI..!

Ropizam San

‘Solatku Dikepung Jepun’.

Sumber: Facebook Klinik Terapeutik Cikgu Ropizam

Baca ini:

Apa yang calon perlu buat untuk persiapan diri menjelang UPSR?

Gaun cantik rekaan ayah, luahkan semangat Merdeka

Nota padat topik Abakus...Calon UPSR boleh buat ulang kaji ringkas cara Cikgu Mohd Fadli

Siap sedia sebelum UPSR 2019 bermula - Ini yang mak ayah perlu lakukan di saat-saat akhir

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan