LANTIKAN sebagai Guru Rumah Sukan? Mungkin ada dalam kalangan guru-guru yang tak sangka akan menggalas tanggungjawab tersebut.

Jika yang baru pertama kali, mungkin tercari-cari, apakah bentuk tugas yang akan digalas tahun hadapan.

Kami kongsikan lapan tugas Guru Rumah Sukan. Jom semak.

1) Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.

2) Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan dicatat dalam buku kehadiran.

3) Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.

4) Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.

5) Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.

6) Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.

7) Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.

8) Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.
 

Artikel Menarik:

Tujuh tugas yang perlu digalas oleh cikgu bila dilantik sebagai Ketua Panitia

Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima diperkenal KPM

Persediaan Matematik Tahun Enam 2020 - Pesanan penting guru ini 'kena mula dari sekarang'

'Perlu jaga imej' - Guru ini kongsi empat elemen imej yang perlu ada pada pendidik

'Tidak layak ke sekolah berasrama penuh, bukan gelap masa depan' - Penulis ini kongsi pengalaman